Connect with us

Berita Lain

Saman BERSIH: Tak Perlu IGP Jadi Saksi Jamal – Mahkamah


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Ketua Polis
Negara, Tan Sri Mohd Fuzi Harun tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang
penahanan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah 
di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) Sosma 2012 tahun
lalu.
Memandangkan demikian, Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab
menolak sepina ke atas Mohd Fuzi untuk hadir sebagai saksi kepada ketua Umno
bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hakim Zaki membuat keputusan itu di kamar tengah hari tadi
dan tidak membuat sebarang arahan mengenai kos.
Jamal, yang berdepan dengan saman fitnah dari Maria,
berhasrat untuk memanggil enam saksi termasuk Fuzi dan bekas IGP Tan Sri Khalid
Abu Bakar.
Fuzi adalah pengarah Cawangan Khas sebelum dilantik sebagai
IGP menggantikan Khalid pada 4 September tahun ini.

Maria memfailkan saman itu berikutan dakwaan pemimpin
Gerakan Baju Merah itu bahawa BERSIH diresapi pengganas IS. Jamal dikatakan
membuat tuduhan itu pada 28 Sept dan 4 Okt tahun lalu.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel