Connect with us

Berita Lain

“Saya Merayu Berkali-Kali Minta Dia Tidak Bunuh Saya,” – Mangsa


Dipukul menggunakan tukul besi serta berlaku pergelutan
sebelum mangsa merayu untuk tidak dibunuh oleh suspek pembunuhan tiga beranak
di Taman Bahagia, Jalan Wakaf Mek Zainab, petang semalam.
Menurut Kha Xing Rhuu “Saya berkali-kali merayu kepada
dia (suspek) supaya jangan bunuh saya,” kemudian suspek melarikan diri.
Jelasnya ketika kejadian, 
Xing Rhuu, 15, dan adiknya, Kha Zee Hanz, 13, baru pulang dari sekolah
kira-kira jam 2 petang dan ketika itu suspek turut berada di rumah serta
mengarahkan Zee Hanz mengambil fail di dalam van yang diparkir di luar rumah
manakala dia masuk ke dalam rumah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebaik masuk ke dalam rumah saya sangat terkejut
melihat ayah dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah, lantas saya terus
menghubungi seorang rakan melalui telefon.
“Ketika sedang bercakap di telefon, saya ternampak
suspek sedang memukul dan bergelut dengan Zee Hanz di dalam van dan sebaik
suspek ternampak saya menggunakan telefon dia terus meluru ke arah saya,”
katanya.
Selepas kejadian, baru dia menyedari seorang lagi adiknya,
Kha Xing Shyen, 8, berada dalam rumah dan menyorok di bawah kerusi.

Xing Rhuu yang dirawat akibat kecederaan di bahagian kepala
dan lebam di bahu kanan dibenarkan keluar sebentar tadi bagi menghadiri upacara
pengebumian tiga ahli keluarganya yang akan diadakan di Kampung Balai, Bachok,
esok.

Suspek dikenali Sharat Eh Wang@Pot, 31, dari Kampung Jubakar
Darat, Tumpat sedang diburu polis.
Mangsa yang mati dikenali Eng Ni dan isterinya, Chua Joo
Seok, 37, dan anak lelaki mereka, Zee Hanz.
Tambahnya, dia langsung tidak menyangka suspek tergamak
melakukan pembunuhan terbabit memandangkan hubungan lelaki terbabit dengan
keluarganya amat rapat dan sudah bekerja dengan bapanya lebih tiga tahun.
“Saya tidak tahu motif dia membunuh ahli keluarga saya
kerana sebelum ini tiada sebarang masalah yang timbul dan dia juga sudah
dianggap sebagai ahli keluarga,” tambahnya.



– Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel