Connect with us

Berita Lain

‘Saya Orang Anwar, Tapi Saya Tinggalkan Dia’ – Husni



KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad
Husni Hanadzlah mendedahkan bahawa enam tokoh pembangkang yang parti mereka
bergabung ketika ini tidak mampu bersatu.

Ini termasuk konon di bawah satu bumbung Pakatan Harapan
bagi membawa Malaysia ke tahap lebih baik dengan mengambil kisah kegagalan blok
sebelum ini dikenali sebagai Pakatan Rakyat, Barisan Alternatif dan sebagainya.
Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 di
Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Tambun itu berkata beliau sama sekali
tidak percaya enam pemimpin tersebut dapat bersatu seperti Barisan Nasional
(BN).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau merujuk kerjasama antara Tun Dr. Mahathir Mohamad
dengan seterunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Kit
Siang, Lim Guan Eng serta Mohamad Sabu dalam blok pembangkang berkenaan.
“Kamu tahu Tun M (Mahathir) siapa? Saya tahu sebab saya
(bekas) Menteri Kewangan II. Kamu tahu apa berlaku ketika isu beli Pos Malaysia
dan Perwaja? Saya tahu. Kamu tahu Muhyiddin, kamu tidak tahu tapi saya tahu.
“Kamu tahu Anwar? Saya sendiri ‘orang’ Anwar tapi saya
tinggalkan dia selepas dia berhenti (dipecat) jadi Timbalan Perdana Menteri.
Boleh ke kita mengikut mereka? Kit Siang, Guan Eng dan Mat Sabu, semua enam
orang ini.
“Boleh ke mereka membawa Malaysia bersatu konon untuk
membina masa depan Malaysia yang lebih baik? Saya tidak percaya, sebab itu
pilihan raya umum akan datang adalah BN untuk masa depan,” tambah Husni lagi.
Beliau berkata, dalam masyarakat Cina sendiri, ada satu
falsafah kehidupan yang diamalkan iaitu hanya mengikut satu kuda dan bukannya
enam kuda sekali gus sebagai perbandingan dalam isu kepimpinan organisasi.
“Saya ada kenalan dari kumpulan masyarakat Cina kebangsaan
termasuk di Pulau Pinang, kalau kita mahu perubahan masa depan, kita bercakap
60 tahun Malaysia akan datang, kita kena ikut satu saja ‘kuda’.
“Kalau ‘kuda’ itu silap kita boleh betulkan. Saya apabila
keluar Kabinet, saya ada jumpa (Datuk Seri) Najib (Razak). Saya nyatakan, kita
mesti tukar masa depan, sebab kini kita ada persekitaran yang berbeza.
“Kita perlu bawa satu usaha supaya rasuah dihapuskan
sepenuhnya. Najib kata ya… betul Husni. Saya kata, letak dalam semua komuniti,
SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) mesti ada situ.
“Malah semua kementerian mesti letak SPRM dan dia kata
sedang buat,” katanya. Husni juga yakin di bawah kepimpinan Najib, usaha
banteras rasuah dapat dilakukan serta meletakkan Malaysia sebagai negara ‘sifar
rasuah’.
Mahathir ialah Pengerusi PPBM; Anwar (Penasihat Umum PKR);
Muhyiddin (Presiden PPBM); Mohamad (Presiden PAN); Kit Siang (Ketua Parlimen
DAP) dan Guan Eng (Setiausaha Agung DAP). 



– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel