Connect with us

Berita Lain

Sembunyi Kematian Anak, Suami Isteri Mengaku Salah


ALOR SETAR: Sepasang suami isteri mengaku bersalah di
Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan gagal memaklumkan berkenaan
kematian bayi perempuan mereka berusia 14 hari kepada pendaftar kelahiran dan
kematian, bulan lalu, lapor BH Online.
Mohd Firdaus Mohammad, 36, dan isterinya Siti Mariam Mat
Saad, 23, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibaca oleh jurubahasa
mahkamah. 
Majistret, Nor Azah Idris, bagaimanapun menetapkan 30
November ini untuk hukuman selepas dipohon Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad
Rifaie Mohamed Riyaludin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Firdaus dan Siti Mariam yang
juga warga Indonesia, dituduh gagal memberi maklumat kepada pendaftar berhubung
butir yang dikehendaki didaftarkan berkenaan kematian bayi perempuan (tidak
bernama) berusia 14 hari. 
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tanah Perkuburan Islam
Kariah Kampung Ulu, Kuala Kedah, dekat sini, pada 12 Oktober lalu, kira-kira
jam 5 petang.
Oleh itu mereka melakukan kesalahan Seksyen 35 (a) Akta
Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun
Keseksaan. 
Jika disabitkan, seksyen itu memperuntukkan hukuman denda
sehingga RM20,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Muhammad Rifaie menawarkan jaminan RM6,000 namun peguam
Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mohd Nuradzwan Rodzi, merayu jaminan itu
dikurangkan atas alasan Mohd Firdaus bekerja sebagai kelindan lori dengan
pendapatan RM800 sebulan. 
Katanya, anak guamnya menanggung isteri tidak bekerja dan
dua anak berusia empat dan setahun lebih.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang
penjamin bagi Mohd Firdaus, namun isterinya tidak dibenarkan jaminan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel