Connect with us

Berita Lain

Setuju Dua Presiden Umno, Timbalan Tidak Dipertanding


PASIR SALAK – Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno
dilihat tidak perlu dipertandingkan pada pemilihan parti berkenaan Disember ini
demi menjaga kestabilan parti itu sendiri.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
berkata, cadangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar
kedua-dua jawatan tinggi berkenaan dipertandingkan adalah tepat pada masanya.
“Apa yang dicadangkan Hishammuddin itu ada rasionalnya demi
kestabilan parti serta menjaga perpaduan dalam Umno kerana jika ada
pertandingan bagi dua jawatan tersebut kemungkinan boleh menyebabkan ia
terbelah kepada dua.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ia pernah berlaku sebelum ini semasa di bawah pimpinan Tun
Mahathir Mohamed di mana Umno bepecah kepada dua dan ia mengambil masa untuk
mengembalikan kesatuan dalam parti selepas itu,” katanya kepada pemberita
selepas Majlis Perasmian Arena Square dan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah
Kebangsaan (SK) Seberang Perak, semalam.
Tajuddin juga memaklumkan Umno Perak turut menyatakan
sokongan atas pendirian agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak
dipertandingkan semasa perjumpaan bersama Badan Perhubungan Umno Negeri Perak,
malam kelmarin di kediaman Menteri Besar Perak.
“Semalam (kelmarin) ada perjumpaan di Ipoh bagi Umno Perak
dan perkara ini telah disebutkan serta menerima maklum balas daripda semua yang
hadir menyatakan sokongan atas apa yang disuarakan oleh Hishammuddin supaya
jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan,” katanya.
Tajuddin juga berkata sekiranya pertandingan dua jawatan
tertinggi tersebut terus dilaksanakan ia akan memberi peluang kepada
pembangkang untuk mengacau Umno terutamanya selepas Pilihan Raya Umum (PRU).
“Pertandingan tak perlu dan jangan berlaku kerana ia tak
bawa kebaikkan kepada parti dan kita memerlukan parti yang kukuh bukan sahaja
semasa musim PRU malah selepas PRU juga kerana kita tidak mahu dibuli
pembangkang.
“Bila Umno bersatu dan tiada sabotaj dengan semua ahli akur
pada keputusan pusat pimpinan maka kita akan menjadi kuat sehingga membolehkan
parti memenangi dua per tiga kerusi di parlimen,” katanya.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel