Connect with us

Berita Lain

Shafie Tuntut The Star Mohon Maaf

Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal – Foto: The Sun Daily



Peguam kepada Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie
Apdal telah menghantar notis tuntutan kepada Star Media Group Berhad berkenaan
satu laporan khas yang diterbitkan akhbar The Star pada 29 Oktober lalu.

Shafie mendakwa artikel bertajuk “MACC sifting through
the flow of RM48 million cash” itu bersifat fitnah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Notis tuntutan yang dihantar firma guaman Law Practice of
Rafique semalam mendakwa laporan itu menjatuhkan reputasi Shafie, sedangkan
siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum selesai.
“Artikel itu membuat beberapa dakwaan yang
membimbangkan, mengarut dan bernada fitnah,” kata notis tersebut yang
dilihat Malaysiakini.

Surat itu menyatakan yang maklumat dalam artikel itu
“dalam siasatan” dan hanya boleh didedahkan jika bekas menteri
kemajuan luar bandar dan wilayah itu didakwa di mahkamah.

“Jelas yang artikel yang dipersoalkan ini mencemarkan
reputasi Sahfie, yang bukan sahaja seorang anggota parlimen, tetapi pernah
menjadi menteri kanan dalam kabinet (Datuk Seri) Najib Abdul Razak dan sekarang
tokoh utama dalam landskap politik Sabah melalui Parti Warisan Sabah, parti
baru yang hari demi hari mendapat sokongan,” kata surat itu lagi.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel