Connect with us

Berita Lain

SPRM Mahu Buru Si Mabuk Harta


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) nekad buru perasuah yang ghairah menyeleweng duit kerajaan.
Janji itu dibuat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri
Dzulkifli Ahmad sebagai langkah memastikan hak rakyat disampaikan dengan
sempurna.
“SPRM adalah badan yang ditubuhkan untuk
bertindak bagi pihak rakyat.
“Ini janji SPRM kepada rakyat,sekiranya hak
dan kepentingan rakyat dicabul oleh mereka yang mabuk harta, kami akan ambil
tindakan,” katanya

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata demikian ketika hadir Dialog
Eksklusif bersama Tan Sri Ketua Pengarah SPRM bersama Kepimpinan MCW dan Ahli
Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM), di Hotel Sunway Putrs, di sini,
hari ini.
Jelas beliau lagi, apa yang dilakukan SPRM hanya
untuk memastikan nasib rakyat terbela dan bantuan kerajaan sampai kepada
masyarakat.
“SPRM adalah milik rakyat Malaysia, jadi kami
akan pastikan nasib rakyat negara ini terbela,” katanya lagi.
Bagaimanapun, katanya lagi, sekuat mana pun
perjuangan SPRM masa kini,ia hanya bersifat sementara.
Sebaliknya, ujar beliau lagi, golongan muda
bertanggungjawab memastikan peperangan menentang rasuah diteruskan pada masa
depan.
“Sebab itu, saya sanggup turun padang untuk
bersama-sama dengan golongan belia pada hari ini.
“Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah bagi
memastikan generasi belia yang akan memerintah negara pada masa akan datang benci
dengan rasuah,” katanya lagi.

– Sinar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel