Connect with us

Berita Lain

Sultan Mizan Kekal Pemerintah Sah Terengganu

Mahkamah Persekutuan
memutuskan Sultan Mizan Zainal Abidin kekal sebagai sultan Terengganu yang sah.
Panel diketuai Ketua Hakim Tun Md Raus Sharif
menolak permohonan penangguhan oleh Tengku Sulaiman Tengku Abdul Halim, cucunda
sulung Tengku Ali Sultan Sulaiman, untuk mencabar Dewan Pangkuan Diraja
Terengganu dan kerajaan Terengganu.

Hakim-hakim lain termasuk Tan Sri Hasan Lah dan Tan Sri Ramly Ali.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tengku Ali ialah Sultan Terengganu yang mentadbir dari 26 September 1942 hingga
5 November 1945.

Advertisement

Bagaimanapun, Tengku Ali dijatuhkan oleh penjajah British dan digantikan dengan
bapa saudaranya, Tengku Ismail Nasiruddin Shah Sultan Zainal Abidin III, yang
kemudian menjadi sultan.

Tengku Sulaiman mendakwa beliau adalah cucu sulung
Tengku Ali dan bapanya pula anak sulung Tengku Ali.

Tengku Sulaiman oleh itu mendakwa mempunyai hak ke atas takhta Terengganu dan
memohon pengisytiharan untuk dinobatkan sebagai raja yang baru.


Tengku Sulaiman juga menamakan anggota-anggota Dewan Pangkuan Diraja Terengganu
Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin, Isa @ Ghazali Endut, Tengku
Ibrahim Tengku Hussain, Syed Omar Abdul Kadir Al Idrus dan Sheikh Harun Sheikh
Ismail serta kerajaan Terengganu sebagai respondent-responden.
Dalam penghujahan di Mahkamah Persekutuan, peguam
Tengku Sulaiman, T Mura Raju berkata kes anak guamnya berbeza dengan kes Tengku
Ali yang difailkan pada 90-an.
Dalam kes itu, Tengku Ali menuntut bayaran pencen
daripada kerajaan negeri sebagai bekas pemerintah Terengganu.
“Kes sebelum ini tidak memutuskan tentang isu
peralihan kuasa,” kata Mura Raju.
Bagaimanapun Cecil Abraham yang mewakili Dewan
Pangkuan Diraja Terengganu memberitahu panel hakim bahawa penghakiman kes
Tengku Ali menyebut berkaitan isu peralihan kuasa dan diputuskan bahawa ia
tidak tak boleh diadili (non-justiciable).
Justeru, kata peguam itu, prinsip res judicata
adalah terpakai.
“Undang-undang berkaitan peralihan kuasa (kerabat
diraja) sudah mantap dan tidak boleh diadili oleh mahkamah,” kata Md Raus
Sharif.
Panel hakim turut mengarahkan Tengku Sulaiman
membayar kos keseluruhan RM30,000 kepada responden-responden.

Mahkamah Rayuan pada 31 Julai lalu mengekalkan
keputusan Mahkamah Tinggi Terengganu untuk mengetepikan permohonan Tengku
Sulaiman atas dasar res judicata dan tidak boleh diadili.

– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel