Connect with us

Berita Lain

Syed Saddiq Jawab Soal ‘Seks Selamat’


SHAH ALAM – Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman menafikan yang beliau menggalakkan remaja dan golongan belum berkahwin
mengamalkan seks bebas di negara ini.
Menjelaskan ia hanya salah faham, Syed Saddiq berkata,
galakan untuk mengadakan seks selamat juga ditujukan kepada pasangan yang sudah
berkahwin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Memandangkan saya mengeluarkan kenyataan menerusi
Twitter, netizen mudah salah faham dan tidak memahami kenyataan saya
sepenuhnya.
“Saya tidak menggalakkan sesiapapun mengadakan seks
bebas dengan cara selamat, sebaliknya apa yang saya cuba katakan adalah
mengenai sistem pendidikan seks bagi pasangan yang sudah berkahwin juga,”
katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Sebelum ini, Syed Saddiq sebelum ini mencetus kontroversi
apabila kenyataannya di Twitter mengenai amalan seks selamat disalah tafsir
oleh netizen.
Beliau berkata, golongan remaja masa kini mempunyai batas
pergaulan yang bebas dan ia tidak lagi boleh dielakkan.
“Paling kurang kita mengajar mereka mengamalkan seks
selamat dengan menghalang mereka daripada mengandung,” katanya.
Mengulas isu sama, beliau berkata, rakyat sepatutnya lebih
fokus terhadap masalah yang lebih besar dan mengambil langkah pencegahan
sewajarnya.
“Apa yang saya katakan sebenarnya sudah diamalkan oleh
banyak negara-negara besar di luar sana.
“Kita bukan sahaja boleh mencegah kebebasan amalan
seks, malah kita juga boleh memberi kesedaran amalan seks selamat terhadap
rakyat,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, amalan seks selamat sebenarnya mampu membendung
penyakit-penyakit kelamin daripada terus menular dalam negara ini.
Sehubungan itu, beliau mengajak pakar perubatan, kerajaan
dan juga agamawan untuk berunding bagi mengatasi masalah ini.
“Pendidikan seks di negara ini perlu dibaiki kerana
jika ia berfungsi dengan baik, Malaysia tidak akan tersenarai daripada salah
satu negara yang paling banyak mencatatkan kes-kes HIV.
“Ini adalah satu perkara yang kita perlu beri
perhatian, kita tidak boleh abaikan pandangan doktor, sudut agama dan sudut
kerajaan yang tahu dari segi kawal selia isu ini,” ujarnya.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel