Connect with us

Berita Lain

Tak Dapat Terima Kenyataan Tak Lagi Pegang Kuasa



KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak dapat menerima hakikat bahawa dirinya tidak lagi berkuasa, justeru, mengambil sikap membenci setiap penggantinya, menurut bekas Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia Hamid Awaludin.

Beliau berkata bekas perdana menteri yang memegang jawatan selama 22 tahun itu, selama ini merupakan negarawan yang bijak, namun kini semakin bersikap keanak-anakan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Hairan, Tun Mahathir negarawan yang baik, tiba-tiba bersikap tidak bijak dan boleh menggunakan isu ras, pemimpin seperti ini mengalami ‘post power syndrome’ kerana semua penggantinya, dia benci, Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Jika mahu berseteru dengan Najib, jangan bawa isu etnik sehinggakan termasuk kami yang di Indonesia dicap lanun… ia sangat tidak mencerminkan Tun Mahathir sebagai negarawan yang bijak.
“Sepatutnya, semakin tua semakin bijak, ini dia semakin childish (keanak-anakan), percakapannya juga semakin keanak-anakan, menunjukkan Tun Dr Mahathir tidak rela dia tidak lagi berkuasa,” katanya dalam sidang media khas mengenai isu penghinaan Dr Mahathir terhadap bangsa Bugis di sini, hari ini.
Turut serta pada sidang media itu ialah Exco Pemuda UMNO Malaysia Datuk Mohamed Hazali Abu Hassan dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii.
Dr Mahathir, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang juga pengerusi pakatan pembangkang dalam ucapannya pada 14 Okt lalu, mengeluarkan kenyataan menghina kaum Bugis dengan menyatakan Najib berasal daripada lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan diminta balik ke negara asal.
Mengulas lanjut, Hamid berkata berpolitik melibatkan isu etnik amat berbahaya kerana ia menyebabkan sesetengah etnik merasa mereka lebih hebat berbanding bangsa yang lain.
“Malah, Perang Dunia Kedua juga bermula apabila Hitler merasakan kaum Aryan adalah lebih superior daripada kaum lain. Malangnya setelah 72 tahun Perang Dunia Kedua berakhir masih ada pemimpin yang berpolitik menggunakan isu ras. Ras itu abadi. Seseorang itu boleh tukar agama tetapi ras itu tidak boleh ditukar,” katanya.
Hamid berkata, ramai yang melihat Dr Mahathir perlu meminta maaf tehadap kenyataan yang dibuatnya itu.
“Kita tidak berada dalam posisi untuk menuntut beliau meminta maaf, namun sebagai orang yang ada peradaban tinggi, seharusnya tidak perlu didorong untuk meminta maaf. Orang yang beradab, biasanya ada sensitiviti, terserah kepada beliau (Mahathir) adakah dia termasuk dalam golongan beradab atau tidak,” katanya.
Sementara itu, Mohd Hazali yang juga pengerusi Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan tindakan Dr Mahathir mengaitkan bangsa Bugis sebagai lanun adalah perbuatan terdesak demi kepentingan politik.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Kenyataan ini juga boleh dianggap sebagai percubaan oleh sesetengah suku politik yang tidak senang dengan hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib dan Presiden Joko Widodo,” katanya.
Mohd Razlan pula berkata pembangkang seharusnya berpolitik secara matang tanpa menggunakan isu-isu yang boleh menyebabkan konflik perkauman, terutama ketika bahang pilihan raya semakin terasa.
“Tun Mahathir perlu tarik balik kenyataan itu yang boleh menyebabkan kecacatan hubungan kedua-dua negara. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel