Connect with us

Berita Lain

Tak Mampu Hantaran Terlalu Mahal, Lelaki Ini Nekad Potong Kemaluannya Sendiri.


Indonesia – Seorang lelaki sanggup memotong alat kelaminnya
hanya selepas dia gagal untuk berkahwin dengan kekasihnya kerana tidak mampu
menyediakan mas kahwin yang diminta oleh keluarga kekasihnya.
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Erwin berusia 23 tahun
dikatakan telah mengalami hilang ingatan sejak 5 tahun yang lalu.
Sebelum ini Erwin dikatakan pernah cuba untuk memotong alat
kelaminnya namun dia dikatakan tidak berani melakukannya tetapi kini dia
bertindak berani dengan memotong ala kelaminnya sehingga habis.
Menurut laporan Metro Asahan, perkahwinan Erwin bersama
kekasih hatinya itu telah dibatalkan oleh pihak perempuan kerana Erwin tidak
mempunyai wang yang mencukupi untuk menyediakan duit hantaran kepada pihak
perempuan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut ibu Erwin iaitu Yusriani Saragih berusia 55 tahun,
ibu bapa gadis tersebut telah meminta mas kahwin sebanyak Rp 10 juta iaitu
sebanyak RM3103.08 duit Malaysia namun tidak mampu untuk mereka sekeluarga
sediakan.
Ini kerana menurut Yusriani, anak bongsunya itu hanyalah bekerja
sebagai buruh bangunan di Kanopan sejak tahun 2012 yang lalu.
Ketika itulah dia mula berkenalan, berkawan serta akhirnya
membuat keputusan untuk berkahwin dengan kekasihnya yang dikenali sebagai AL.
Walaupun pada ketika 
itu ekonomi keluarga mereka tidak begitu mengizinkan untuk Erwin
mendirikan rumah tangga namun sebagai ibu bapa mereka memahami akan kehendak
Erwin yang ingin berkahwin dengan AL.
Mereka akhirnya akur dengan kemahuannya dan telah meminang
AL untuk Erwin, tetapi apakan daya mereka selepas tali pertunangan di ikat
keluarga pihak perempuan meminta duit hantaran yang tinggi sehingga mereka
tidak mampu sediakan.

Sejak dari hari itu Erwin dikatakan seperti orang yang dalam
kebingunan dan kami telah meminta bantuan daripada ramai orang namun semuanya
tidak mampu merawatnya.

Apa yang lebih menyedihkan adalah dalam keadaan seperti itu,
suaminya yang dikenali sebagai S dikatakan telah menjalinkan hubungan dengan
seorang wanita yang berstatus isteri orang dan wanita tersebut adalah jirannya
sendiri.
Yusriani yang tidak mempunyai saudara berdekatannya telah
memohon perceraian terhadap suaminya kerana dia tidak menyangka bahawa suaminya
tergamak berlaku curang dengan seseorang yang di kira sudah cukup lama dia
kenali.
Malah menurutnya kesemua anak-anak kekasih suaminya itu
sudah pun berkahwin serta dia telah pun memiliki 3 orang cucu.

Menurut Yusriani lagi, tiga minggu sebelum kejadian ini
anaknya itu telah pun melakukan perkara yang sama seperti ini namun hanya
memotong di hujungnya sahaja.
“Tiga minggu yang lalu hanya hujung tapi kini semuanya
sudah habis. Ini sahaj yang mampu saya buat kerana saya tidak memiliki wang
serta ayahnya yang telah mengetahui perkara ini juga telah turut datang ke
hospital menjenguk anaknya itu.”.

Yusriani amat berharap agar terdapat pihak yang menghulurkan
bantuan kepadanya bagi merawat anaknya semula. – Metro Asahan

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel