Connect with us

Berita Lain

Tergamak Anak Serang Ibu Dan Ayah Dengan Gergaji


SUAMI isteri di Kampung Baru Sri Muda, Sungai
Korok, Jitra, cedera akibat diserang oleh anak lelaki mereka berusia 28 tahan
menggunakan besi dan gergaji pagi semalam.
Kejadian berlaku pada 11 pagi ketika mangsa, Tom
Wahid, 64, dan suaminya, Mohd Tarmizi Abdul Hamid, 67, berada di rumah.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Mohd
Ismail Ibrahim berkata, anggotanya yang bertugas di Pondok Polis Sungai Korok,
di sini menerima maklumat awam pada jam 12 tengah hari berhubung kes suami
isteri diserang anak di rumah mereka..
Berikutan itu katanya, anggotanya pergi ke tempat
kejadian dan menahan suspek serta merampas barangan kes untuk membantu
siasatan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebaik tiba di lokasi didapati, ibu suspek berada
di rumah jirannya dalam keadaan lemah dan berdarah di bahagian muka.
“Ketika itu suspek dikatakan duduk mencangkung di
hadapan rumah dan terdapat sebilah gergaji di sebelahnya.
“Selain itu, hasil pemeriksaan juga mendapati bapa
suspek terbaring di dapur rumah dan anggota kami terus menahan suspek serta
merampas parang bersama penimbang air untuk siasatan lanjut,” katanya
dihubungi.
Mohd Ismail berkata, hasil siasatan mendapati, sebelum
kejadian wanita itu memasak di dapur sebelum didatangi anak lelakinya yang
berusia 28 tahun.
Katanya, lelaki itu memarahi ibunya kerana
melaporkan kepada pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkenaan kes dia
ditahan sebelum ini.
“Suspek dikatakan mengamuk dan mengambil besi serta
gergaji lalu memukul ibunya menyebabkan mangsa luka pada pipi kanan dan bahu
disyaki terkena senjata tajamitu serta lebam di seluruh badan akibat dipukul.
“Selain itu suspek juga turut menyerang bapanya
sehingga menyebabkan luka di bahagian perut,” katanya.
Mohd Ismail berkata, kedua-dua mangsa kemudian
dibawa ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan segera akibat kecederaan
yang dialami.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan ujian imbasan
mendapati, wanita itu turut patah ibu jari tangan kanannya.
“Bapa suspek hanya luka ringan di perut namun hasil
ujian imbasan mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman saluran urat darah
dalam perut pecah dan akan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor
Setar untuk rawatan lanjut.
“Kedua-dua mangsa dikatakan tinggal di rumah itu
bersama dua anak termasuk suspek. Bagaimanapun suspek tidak bekerja dan baru
beberapa bulan keluar dari pusat pemulihan dadah, ” katanya.
Mohd Ismail berkata, hasil soal siasat terhadap
suspek mendapati dia mengaku menetak ibunya dengan gergaji di bahagian belakang
badan dan kemudian memukul bapanya menggunakan penimbang air.
Beliau berkata, ketika itu suspek dipercayai berada
dalam keadaan khayal akibat pengambilan dadah.
“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadapnya
mendapati dia positif dadah jenis ganja, heroin dan syabu.
“Berikutan itu kita menahan suspek untuk siasatan
lanjut dan merampas sebatang gergaji besi dan penimbang air hijau panjang untuk
membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun
Keseksaan,” katanya. – 
my Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel