Connect with us

Berita Lain

Tergamak Wahai Ibu Tinggal Anak 4 Tahun Di Kedai Makan


JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun
dipercayai ditinggalkan ibu kandungnya di sebuah kedai makan dekat Pasir Gudang
pada 1 September lalu.
Pemilik kedai makan, Junainah Ngadiman, 56 kini masih
mencari keluarga kepada kanak-kanak lelaki tersebut.
Menurut Junainah, kira-kira jam 10 pagi pada hari kejadian,
beliau didatangi seorang wanita tempatan yang tidak dikenali dan meminta
bantuan untuk menjaga sementara kanak-kanak itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Seorang wanita datang ke kedai saya, Kak Ju Tom Yam
memohon untuk menumpangkan sementara anak lelakinya yang dipanggil ‘Abang’
kerana mahu pergi ke kedai bersebelahan.
“Saya menunggu wanita itu untuk menuntut anaknya, namun
sehingga 24 jam dia masih tidak datang,” katanya ketika membuat aduan di
pejabat The New Straits Times Press (NSTP) di Bandar Baru Uda di sini, hari
ini.
Jelas Junaidah, beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk
mencari penjaga kanak-kanak tersebut yang ditinggalkan di premis miliknya di
Kampung Sentosa, Persiaran 1, Masai, Pasir Gudang.
“Sepanjang tempoh sebulan sehingga laporan di Balai
Polis Scientex, Pasir Gudang dibuat pada 9 Oktober lalu, pelbagai usaha
dilakukan untuk menjejaki wanita terbabit.
“Bagaimanapun, usaha itu menemui jalan buntu, malah
tidak ada seorang pun mengenalinya kerana beliau bukan penduduk di kawasan
itu,” katanya.

Menurutnya, beliau bersimpati dengan keadaan kanak-kanak itu
kerana dilihat seperti merindui ibu kandungnya.
“Dengan keadaannya yang tidak mahu bercakap, agak sukar
mengetahui asalnya serta lokasi ibunya, menyebabkan saya terpaksa memujuknya
setiap kali dia bersedih,” katanya.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh
menghubungi beliau di talian 019-6565148.
Beliau berhasrat mengambil kanak-kanak itu sebagai anak
angkat sekiranya tiada sesiapa menuntutnya.
– Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel