Connect with us

Berita Lain

Tidak Perlu Tunggu PRU14, Isytihar Sahaja Harta.. Termasuk Anak-Anak – Nazri Aziz



SERI KEMBANGAN: Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Tun Dr
Mahathir Mohamad tidak perlu menjadi calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14)
untuk mengisytihar hartanya kepada umum.


Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, anak bekas perdana
menteri itu juga perlu mengisytihar harta mereka kerana rakyat ingin tahu
kekayaan “luar biasa” Dr Mahathir dan keluarganya selepas beliau tidak memimpin
negara.

“Tidak perlu bertanding pilihan raya umum. Isytihar sahaja.
Pertama sekali bukan dia sahaja, kita nak tahu anak dia itu,” katanya selepas
merasmikan Kejohanan Bola Keranjang Cina Sedunia ke-33 di Pusat Konvensyen dan
Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Isytihar mana datang sumber kekayaan itu. Tiba-tiba sahaja
Dr Mahathir pencen, anak-anak kaya dan difahamkan masing-masing mempunyai tidak
kurang RM100 juta…saya dengarlah. Anak dia kena beritahulah.”

Beliau mengulas kenyataan pengerusi Pakatan Harapan itu
semalam yang bersedia mengisytihar hartanya jika dipilih sebagai calon PRU14.

Dr Mahathir turut membidas akhbar pro-Umno memetik artikel
dan gambar mengenai gaya hidup cucunya dari sebuah blog untuk menimbulkan
kebencian rakyat terhadapnya.

Utusan Malaysia dan Berita Harian baru-baru ini menyiarkan
laporan mengenai gaya hidup “mewah” 2 anak Datuk Seri Mukhriz Mahathir,
berdasarkan gambar diambil daripada Instagram mereka.

Mengulas lanjut, Nazri yang juga menteri pelancongan dan
kebudayaan mencabar Dr Mahathir mendedahkan kekayaan menteri Umno.

“Koreklah, kita semua terbuka. Macam saya dan keluarga saya
dan anak-anak saya semua orang korek. Tidak ada masalah. Koreklah.

“Nanti kita korek dia punya, baru dia tahu nanti. Ingat kita
takut sangat ke? Saya pernah isytihar pada dia. Saya pernah jadi menteri (di
bawah pimpinan) dia.
“Ingat kita takut. Koreklah. Kita sentiasa buat
pengisytiharan (harta), apa nak takut?”

– FMT

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel