Connect with us

Berita Lain

Tindakan Amiruddin Isyarat Jelas Buat Ahli Pas Beralih Sokongan, Kata Mahfuz



KUALA LUMPUR – Tindakan Adun Anak
Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang mengumumkan untuk menyertai Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan satu isyarat jelas kepada ahli dan
kepimpinan Pas untuk beralih sokongan kepada Pakatan Harapan selepas ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz
Omar berkata, pengumuman oleh Amiruddin tersebut menunjukkan bahawa ahli dan
pemimpin Pas mempunyai pelbagai pilihan melalui Pakatan Harapan sekiranya tidak
selesa dengan pendekatan dibawa oleh parti Islam tersebut.
“Keputusan beliau (Amiruddin)
bukannya merupakan sesuatu yang mengejutkan memandangkan terdapat beberapa siri
perbincangan dilakukan sebelum ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dan ini menjadi isyarat di
mana  jika ada antara mereka (ahli Pas)
yang tidak selesa dengan pendekatan Pas, maka mereka boleh pilih untuk bersama
dengan mana-mana parti gabungan di bawah Pakatan Harapan,” katanya kepada Sinar
Harian, hari ini.

Kelmarin, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz
Mahathir dalam satu sidang media mengumumkan mengenai kemasukan Amiruddin
selepas menerima borang keahlian beliau walaupun sebelum ini dirinya dikaitkan
dengan Parti Amanah Negara (Amanah).
Sehubungan itu, Mahfuz memaklumkan bahawa dengan kemasukan
Amiruddin tersebut, Pakatan Harapan di Kedah ini mempunyai barisan kepimpinan
negeri yang lebih mantap dan menyakinkan dalam menghadapi perang PRU14 nanti.
“Kita ada bekas menteri besar, kita juga ada bekas exco
kanan serta mereka-mereka yang pernah berkhidmat dalam pelbagai sektor kerajaan
mahupun swasta dan ini menjanjikan kepimpinan mantap dalam Pakatan Harapan di
Kedah,” katanya.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas sama ada beliau akan
mengikut jejak langkah Amiruddin, Mahfuz memaklumkan bahawa pihaknya mempunyai
tugas dan komitmen berterusan untuk mendekati ahli Pas.
Menurut beliau, langkah itu dapat memberi isyarat kepada
ahli Pas yang lain bahawa mereka mereka boleh menyokong Pakatan Harapan walaupun
masih bersama parti Islam tersebut.
“Tak timbul isu saya tak akan keluar Pas atau tidak.
Ini signal untuk ahli Pas lain bahawa tak ada masalah untuk mereka menyokong
Pakatan Harapan walaupun masih bersama Pas,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Disamping itu, Mahfoz berharap agar isu bai’ah dibangkitkan
oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak dijadikan alat
bagi menakut-nakutkan ahli lain yang berhasrat untuk menyokong Pakatan Harapan.
Beliau berkata, sewaktu penubuhan Amanah, terdapat banyak
pendapat dilontarkan oleh cendekiawan Islam yang memberi pandangan mengenai isu
bai’ah tersebut.

Advertisement
“Jangan jadikan isi bai’ah ini untuk tutup kelemahan
yang ada pada Pas dan bagi saya isu ini telah berlalu,” katanya.

– Sinar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel