Connect with us

Berita Lain

Tun Mahathir Dinasihat Henti Berbohong Kepada Rakyat



SHAH ALAM – Ego dan dendam didakwa menjadi punca bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, terkini Mahathir menyifatkan Bajet 2018 ‘gula-gula’ untuk gembirakan rakyat.

Katanya, mungkin Mahathir masih obses pendekatan crony capitalism  iaitu mengkayakan beberapa individu yang diharap mengagihkan kekayaan itu kepada orang lain.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dasar mengkayakan individu itulah punca Mahathir masih obses untuk campuri urusan pentadbiran dua perdana menteri selepasnya,” katanya.

Dakwanya, satu daripada isu tersebut adalah pembinaan jambatan bengkok yang dibatalkan Tun Abdullah Ahmad Badawi, tetapi Mahathir mahu Najib membinanya semula.

“Tidak lama setelah Najib jadi perdana menteri, saya dihubungi orang kanan Mahathir. Mahathir mahu bertemu Jawatankuasa Umno Johor.

“Saya diminta aturkan pertemuan tertutup itu,” katanya.

Semua ketua bahagian hadir, termasuk Tan Sri Syed Hamid Albar dan Datuk Seri Azalina Othman Said. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Shahrir Abd Samad, bagaimanapun tidak hadir.

“Dalam pertemuan itu, Mahathir minta jambatan itu dibina. Mahathir kata, Najib tiada masalah, dengan syarat orang Johor sendiri mahukannya.

“Mahathir berharap Umno Johor setuju dan ini boleh ditafsirkan sebagai sokongan penuh rakyat Johor kepada pembinaan semula jambatan bengkok,” dakwanya.

Puad berkata, Ghani berjanji untuk bawa cadangan itu bagi mendapatkan persetujuan konsensus dalam mesyuarat Perhubungan Umno Johor.

“Tetapi ia tidak pernah dibincang. Secara tidak langsung, Umno Johor tolak. Ada kala-ngan ahli berpendapat jika lulus maka kontrak diberikan kepada syarikat kroni Mahahtir.

“Syarikat itu dikatakan menerima pampasan tinggi ketika Pak Lah membatalkan projek berkenaan.

“Maka bukan Najib yang menolaknya tetapi Umno Johor tidak menyokong kerana ada keutamaan lain. Dasar crony capitalism Mahathir ditolak sendiri rakyat Johor.

“Ternyata Najib menggembirakan rakyat. Mahathir berduka. Sebab itu beliau berdendam dengan Najib. Mahathir, berhentilah berbohong,” katanya.

— Sinar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel