Connect with us

Berita Lain

‘Tunggu, Ada Lagi Kes Rasuah Berprofil Tinggi’ – Dzulkifli


KENINGAU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
sedang menyiasat beberapa lagi kes rasuah dan salah guna kuasa termasuk kes
berprofil tinggi, kata Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad tanpa memberi
butiran lanjut.

Dzulkifli berkata setiap minggu SPRM menyiasat kes-kes
baharu selain beberapa kes yang sedang menunggu kebenaran daripada Jabatan
Peguam Negara untuk pendakwaan di mahkamah.

“Kita tunggu lah. Jadi orang tertanya-tanya, kalau saya dah
bagi tahu, tak saspens. Ini yang sebenarnya menjadi kegerunan bagi mereka yang
terlibat dengan rasuah. Adakah mereka disiasat minggu hadapan atau bagaimana,”
katanya kepada pemberita sempena Program Ziarah Kasih SPRM Siri 4/2017 semalam.

Kira-kira 5,000 pengunjung menghadiri program yang
dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dzulkifli berkata, usaha membanteras rasuah dan salah guna
kuasa yang dijalankan agensi itu bukan usaha eksklusif SPRM sahaja tetapi usaha
bersama melibatkan seluruh rakyat Malaysia untuk memastikan negara ini bebas
daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Menurut Dzulkifli, SPRM merupakan agensi kerajaan yang
mewakili rakyat secara keseluruhan untuk memastikan jentera kerajaan sama ada
di peringkat persekutuan atau negeri melaksanakan tugas yang diamanahkan tanpa
rasuah dan salah guna kuasa.

Justeru, tegasnya, rakyat tidak perlu risau dan takut kerana
yang menggeruni SPRM hanyalah mereka yang terlibat dengan kegiatan-kegiatan
tidak bermoral itu.

“Kita memberi jaminan kepada rakyat, bahawa SPRM akan
bertindak bagi pihak rakyat… sekiranya terdapat pengkhianatan amanah rakyat
tersebut, mengkhianati tugas dan tanggungjawab dengan terlibat rasuah dan salah
guna kuasa, maka kami di SPRM tidak teragak-agak mengambil tindakan mengheret
mereka ke muka pengadilan,” jelasnya.

Beliau mengajak rakyat di negara ini khususnya di negeri
Sabah supaya bersatu untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa kerana rasuah
boleh melumpuhkan sistem pentadbiran negara sekiranya dibiarkan.

Sementara itu, Dzulkifli berkata keanggotaan Sahabat Gerakan
Revolusi Anti Rasuah (Gerah) yang dilancarkan 1 Ogos lepas kini mencecah
100,000 orang sekali gus membuktikan usaha berterusan agensi itu memerangi
rasuah dan salah guna kuasa mendapat sokongan padu seluruh lapisan rakyat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengamal media
yang disifatkan turut bersama dengan agensi itu untuk memerangi gejala rasuah
dan salah guna kuasa di negara ini.
“Sebenarnya tanpa media, impak kepada program yang SPRM
laksanakan tidak ke mana. Tetapi disebabkan media, maka semua rakyat tahu
tentang usaha-usaha yang kita lakukan,” katanya.

FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel