Connect with us

Berita Lain

Tunku Nick Bukan Kerabat Diraja Johor


JOHOR BAHRU – Jumaah Majlis Diraja Johor menafikan Tunku
Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, yang disabitkan kesalahan mencederakan
petinju negara, sebagai kerabat diraja Johor.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim
Ramli, dalam satu kenyataan, turut menekankan kenyataannya pada 22 September
2017 bahawa hak berkenaan adalah terletak kepada Sultan Johor sendiri.
Ini termasuk kuasa melantik, menjadi dan memasukkan
seseorang itu sebagai kerabat diraja Johor. 
Baginda memiliki hak eksklusif itu mengikut Artikel 7(2)(e) Bahagian
Kedua Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jumaah Majlis Diraja mengesahkan bahawa tertuduh sebagai
tidak pernah dilantik, dijadikan atau diiktiraf sebagai Kerabat Diraja Johor,”
kata beliau lagi dalam kenyataan berkenaan di sini semalam.
Abdul Rahim mengeluarkan kenyataan tersebut bagi mengulas
dua laporan berita tempatan disiarkan pada 15 November lalu yang menyatakan
Tunku Nick Tazuddin sebagai anggota kerabat diraja Johor.
Dalam laporan itu, Bernama menyatakan bahawa Tunku Nick
Tazuddin sebagai anggota kerabat diraja Johor. Sehubungan itu, pihak Bernama
memohon maaf atas kesilapan tersebut.
Kelmarin, hukuman penjara terhadap Tunku Nick Tazuddin, 32
tahun, dikurangkan kepada dua tahun namun ditambah dengan denda sebanyak
RM10,000 selepas panel Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitannya.

Ia berhubung kesalahan Tunku Nick Tazudin terhadap
pertuduhan mencederakan Muhammad Farkhan Mohd Haron pada 2012 yang juga
pemenang pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel