Connect with us

Berita Lain

UMNO Komited Bantu Rakyat Setiap Masa


PEKAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata
kedudukan UMNO kini semakin kukuh berbanding pakatan pembangkang yang berada
dalam keadaan ‘kuchalana’ akibat dilanda pelbagai masalah.
Presiden UMNO itu berkata situasi itu membolehkan UMNO
menerusi jenteranya termasuk Biro Kebajikannya terus bergerak mendekati rakyat
membantu golongan yang memerlukan di seluruh negara terutama masyarakat di luar
bandar.
“Kita lihat pembangkang sekarang dalam keadaan ‘kuchalana’
biarlah dia terus ‘kuchalana’ namun kita parti UMNO tetap terus kukuh dan
komited membantu rakyat baik dalam keadaan susah mahupun senang,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

‘Kuchalana’ yang merupakan dialek Pantai Timur membawa
maksud berserabut, kucar kacir atau tidak tersusun.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan
majlis pelancaran Program UMNO Bantu Rakyat Fasa 2 dan Jom Simpan Bersama
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di perkarangan Masjid
Kampung Tanjung Medang, di sini hari ini.
Majlis turut dihadiri Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia
Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar
Mohamad Fakharuddin Mohd Arif.
Najib berkata dalam setiap perkara yang dilakukan oleh parti
itu mahupun kerajaan, keperluan dan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan dengan
Biro Kebajikan UMNO menjadi medium perantara antara parti dan rakyat.
“Parti ini begitu banyak berjasa dalam lipatan sejarah
negara dan telah berakar umbi sejak 70 tahun lalu. Demi kelangsungan kekuatan
UMNO serta memastikan parti terus relevan sepanjang zaman, dasar-dasar yang
dilakukan oleh kerajaan dan parti juga mengikut peredaran zaman dan ia berjaya
membuahkan hasil yang memberangsangkan,” katanya.
Najib yang juga anggota Parlimen Pekan dalam masa yang sama
berkata, apabila kerajaan melaksanakan banyak program berimpak tinggi di
kawasan bandar, ia tidak bermakna kerajaan melupakan pembangunan dan kebajikan
masyarakat di luar bandar.
“Projek yang bersifat ikonik seperti Transit Aliran Massa
(MRT) di Lembah Klang, kita laksanakannya supaya ekonomi lebih kukuh kerana
apabila ekonomi tambah kukuh, negara akan menjadi lebih maju.
Maka bolehlah kita agihkan hasil itu kepada masyarakat di
luar bandar dan golongan yang memerlukan. Kalau ekonomi negara tidak meningkat,
maka kita akan kurang hasil dan kalau kurang hasil, kerajaan akan kurang
kemampuan untuk bantu orang miskin dan sebab itu kita kena faham teori ekonomi
ini,” kata Najib.
Pada majlis itu, lebih 3,000 murid Tahun Satu daripada
keluarga berpendapatan rendah (B40) dari 55 buah sekolah di Parlimen Pekan
menerima sumbangan deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i)
berjumlah RM316,300.

Biro Kebajikan UMNO turut mengagihkan 2,000 kit sumbangan
kepada keluarga miskin dari Parlimen Pekan. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel