Connect with us

Berita Lain

Urus Stres Dengan Baik Kunci Hidup Sihat


KUALA LUMPUR – Urus stres dengan baik dan kerap bersenam
adalah antara tip diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk
kekal cergas dan sihat.
Bercakap pada sesi dialog bersempena dengan majlis pembukaan
Persidangan dan Pemeran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMIDEX) 2017,
beliau berkata itulah yang membuatkan beliau sihat dan cergas selama ini walaupun
rambutnya sudah beruban.
Menyatakan beliau mula berkecimpung dalam politik pada usia
22 tahun, menjadi timbalan menteri semasa 25 tahun sebelum memegang jawatan
Menteri Besar pada usia 29 tahun, Najib yang kini berusia 64 tahun mengakui
beliau terpaksa melepaskan banyak perkara dalam hidupnya kerana mengabdikan
kebanyakan masanya dalam politik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kini saya dapati diri saya sebagai pemimpin Malaysia, tahap
stres dialami juga lebih tinggi. Tahap stres sebagai menteri adalah tinggi,
timbalan perdana menteri lebih tinggi tetapi daripada timbalan perdana menteri
kepada perdana menteri jauh lebih tinggi lagi dan saya jamin bahawa jika anda
berpeluang jadi perdana menteri, anda akan rasainya.
“Tetapi anda perlu tahu cara menguruskan stres. Urus stres
dengan baik adalah kunci bukan sahaja sebagai ahli politik tetapi juga untuk
setiap orang, anda mungkin stres dengan jurubank anda, pelanggan anda ,
pasangan anda, tetapi anda perlu uruskannya secara asasnya dengan menyesuaikan
diri dengan persekitaran kerja dan kehidupan keluarga, semua ini perlu
dilakukan dengan cara yang memberikan keselesaan kepada anda,” katanya,
Najib berkata demikian semasa menjawab soalan Ketua Pegawai
Eksekutif SME Corp Datuk Hafsah Hashim tentang bagaimana beliau kekal cergas
dan sihat.
Najib berkata beliau mendapati bersenam merupakan satu cara
untuk menguruskan stres dalam kehidupan.
“Ia mestilah bentuk senaman fizikal yang betul, ia perlu
menjadikan badan sihat. Golf merupakan satu rekreasi tetapi tidak membawa
kepada badan yang sihat, anak perempuan saya beritahu saya golf lebih baik
sedikit daripada tidak buat apa-apa,” katanya yang disambut dengan gelak ketawa
daripada audien.
Menjadikan Sidang Kemuncak ASEAN di Manila baru-baru ini
sebagai contoh, Najib berkata beliau dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mempunyai jadual padat yang sangat stres.
“Jadi, apa yang saya lakukan pada pagi sebelum saya keluar,
saya pergi ke gim dan buat senaman, dan itu memberikan saya lebih tenaga,”
katanya dan menurutnya sikap positif dan kekuatan dari segi kerohanian juga
membantu dalam menangani stres.
Sesi dialog itu memberi peluang kepada pemain Perusahaan
Kecil dan Sederhana (PKS) untuk lebih memahami situasi semasa ekonomi Malaysia,
peruntukan Bajet 2018 untuk PKS dan meningkatkan kesedaran terhadap usaha
kerajaan untuk menyediakan PKS tatkala negara menuju Revolusi Industri 4.0 dan
Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel