Connect with us

Berita Lain

Usul Halang Tun M Guna Premis Kerajaan Negeri Ditolak

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad – Foto: The Sun Daily


SHAH ALAM – Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini menolak
satu usul tergempar yang mendesak kerajaan negeri tidak membenarkan bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan mana-mana premis milik
kerajaan negeri.
Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh berkata, setelah
meneliti usul tergempar berkepentingan awam itu, speaker menolak usul untuk
dibahaskan menggunakan Peraturan 17 yang membenarkan usul ditolak dalam kamar, lapor Sinar Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya menolak usul ini dalam kamar berdasarkan tiga
justifikasi, pertama adalah titah Sultan Selangor dan pandangan Dewan Diraja
Selangor dijunjung dan dihormati, justeru Dewan tidak akan campur tangan
memandangkan siasatan polis masih berjalan.
“Kedua, sejak 2008, premis milik kerajaan negeri yang boleh
disewa oleh orang awam dibuka untuk semua (tertakluk kepada syarat-syarat)
tanpa mengira fahaman politik.

“Ketiga, adalah kerana saya melihat usul ini bukan usul yang
perlu disegerakan kerana Dewan sedang bahaskan Rang Undang-undang Perbekalan
2018, usul ini akan mengganggu tempoh perjalanan Aturan Urusan Mesyuarat yang
memerlukan ia diluluskan dalam tempoh masa ditetapkan mengikut Peraturan Tetap
Dewan Negeri Selangor,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel