Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] Datuk Tampar Cucu Sampai Hidung Berdarah


GELARAN datuk paling tak guna mungkin boleh diberikan kepada
seorang lelaki di China ini yang tergamak tampar cucu perempuannya berusia empat
tahun hingga mengalami pendarahan serius.
Lapor akhbar tempatan South China Morning Post, datuk muda
yang baru berusia 49 tahun itu bagaimanapun telah ditahan reman selama lima
hari oleh pihak berkuasa.
Kejadian agak dramatik yang sempat dirakam oleh seorang
kakitangan sebuah pasar raya tersebut dikatakan berlaku pada Isnin lalu di
Yongzhou, wilayah Hunan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Rakaman video berdurasi kira-kira 40 saat itu menunjukkan
muka mangsa berdarah sedang dirawat oleh seorang wanita dipercayai kakitangan
pasar raya berkenaan.


Juga kelihatan tompokan darah di lantai, di kaki dan baju
mangsa, sementara datuk dan adik lelaki mangsa yang berusia satu tahun hanya
memerhatikan mangsa.
Namun secara tiba-tiba lelaki terbabit menolak kakitangan
berkenaan sebelum menampar kepala mangsa dengan kasar sebanyak beberapa kali.
Keadaan tidak dijangka tersebut memaksa dua kakitangan
tampil melindungi mangsa daripada terus dipukul oleh datuknya itu.
Dalam kenyataan dikeluarkan Polis Yongzhou, suspek telah
membawa dua beradik berkenaan ke pasar raya. Tetapi suspek menjadi berang
apabila mangsa enggan menggunakan eskalator kerana takut.

Suspek yang hilang kesabaran lalu bertindak menampar mangsa
di bahagian muka menyebabkan hidungnya berdarah sebelum dibantu oleh dua kakitangan
pasar raya berkenaan.
Dalam keterangan suspek kepada polis pula menjelaskan dia
terpaksa menampar mangsa buat kali kedua kerana kanak-kanak itu enggan berhenti
menangis.
Apabila polis menghubungi dan memaklumkan kejadian itu
kepada ibu bapa mangsa, mereka merayu agar polis menggugurkan kes tersebut.
Malangnya rayuan mereka tidak diendahkan dan suspek ditahan
reman selama lima hari untuk siasatan atas dakwaan mencederakan mangsa dengan
sengaja. – MYNEWSHUB.CC

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel