Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] Ibuku Dijemput Ilahi Di Hari Pertama SPM



MEMILUKAN apabila calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di
Sekolah Agama Menengah Nurul Iman (SAMNI), Kampung Bukit Cerakah, Meru, Klang
menerima khabar duka mengenai kematian ibunya akibat serangan jantung selepas
selesai menduduki hari pertama peperiksaan itu, petang tadi.

Berita kejadian 12 tengahari menimpa ibunya, Maziah Alias,
50, itu diketahui Muhammad Noh Zakaria, 17, sejurus menduduki peperiksaan
kertas dua Bahasa Melayu pada 4.30 petang.
Guru Besar Sekolah Agama Kota Damansara 5 itu, ditemui tidak
sedarkan diri ketika berehat di bilik rawatan di sekolah itu selepas keletihan
dan tidak bermaya.
Menurut Muhammad Noh, dia amat terkejut dimaklumkan mengenai
pemergian ibunya itu oleh pengetuanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Patutlah saya tidak sedap hati selepas solat Zohor
tadi selain berasa degupan jantung tiba-tiba kencang, namun hanya menganggap ia
perasan gementar sebelum menjawab peperiksaan.
“Selepas habis menduduki peperiksaan itu, saya
dipanggil ke bilik pengetua dan mula berdebar kerana melihat bapa saudara turut
berada di situ dan meminta saya supaya bersabar,” katanya ketika ditemui
Harian Metro di rumahnya di Kampung Budiman di sini, petang tadi.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
Meru, malam ini.
Lebih 300 ahli keluarga termasuk saudara mara dan kenalan
turut hadir memberi penghormatan kepada arwah yang turut dikenali sebagai
Ustazah Maziah.
Allahyarham turut meninggalkan suami, Zakaria Kasiran, 56,
bersama lima anak lain iaitu Haziq Fikri, 28; Fadlin Sakinah, 25; Saidatul
Kalimah, 23; Rabiatul Adawiyah, 15, dan Mizan Qistina, 8. Muhammad Noh berkata,
walaupun ia detik yang sukar, dia berpegang kuat dengan pesanan ibunya supaya
menjadi insan yang berjaya.
Sementara itu, Zakaria berkata, arwah kebiasaannya akan
mengucapkan ‘bye-bye’ ketika bersalaman sebelum pergi mengajar ke sekolah.
“Namun, pagi tadi dia ada meminta maaf kepada saya dan
tidak menyangka ia petanda akan meninggalkan kami sekeluarga buat
selamanya,” katanya.
Dalam pada itu, rakan Allahyarham yang juga guru sekolah
sama, Intan Ibrahim, 31, berkata, dia pada awalnya mahu mengejutkan arwah,
10.30 pagi, namun tidak berbuat demikian kerana memberi ruang supaya berehat.
“Ada tetamu hadir untuk menemui Ustazah Maziah dan kami
terkejut melihat dia sudah tidak sedarkan diri dan mempunyai kesan muntah di
pipinya

“Selain menghubungi ambulans bagi mendapatkan bantuan
kecemasan, saya cuba melakukan bantuan pernafasan namun gagal dan dia disahkan
meninggal dunia pada 12.15 tengahari,” katanya.
Menurutnya, dia masih teringat pesanan Allahyarham kepada
rakan sejawatan lain supaya menjaga sekolah itu dengan baik sebelum ini.
“Tidak sangka itu pesanan dan amanat terakhirnya kepada
kami,” katanya menyifatkan Allahyarham seorang yang berdedikasi dan amat
disegani ramai termasuk muridnya.

Advertisement
Pelajar Sekolah Agama Menengah Nurul Iman, Kampung Bukit
Cherakah, Muhammad Noh Zakaria (kanan) ditenangkan oleh ahli keluarga sebaik
tiba di rumahnya selepas pulang dari Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
sejurus mendapat berita pemergian ibunya Mahziah Alias yang meninggal dunia
akibat serangan jantung di Jalan Hamzah, Kampung Budiman, Shah Alam.



– my Metro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel