Connect with us

Berita Lain

[Video] Memang Tak Sampai 10,000 Keping Tiket Dijual Stadium Darul Aman, Ini Penjelasan Pihak KFA


Kehangatan perlawanan akhir piala Malaysia nampaknya begitu
panas, rata-rata penyokong menyatakan rasa tidak sabar untuk hadir ke Stadium
Shah Alam pada Sabtu ini untuk menyaksikan perlawanan pasukan kesayangan mereka
untuk menjulan Piala Malaysia.
Namun, sedikit kontorversi berlaku bagi wakil utara tanah
air, iaitu pasukan Kedah, di mana penyokong yang beratur sejak petang semalam
dan tidur dihadapan kuanter tiket mengamuk selepas mereka tidak mendapat tiket
bola.
Rata-rata mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dan kerana
ribuan yang hadir yang dapat tiket tidak sampai separuh pun.
Oleh itu mereka mengesyaki berlaku ‘sesuatu’ yang tidak kena
dalam jualan tiket berkenaan di mana tiba-tiba ada penambahan bilangan
rombongan dengan bas, dari 200 kepada 400 buah bas dan mereka mengedarkan
sekeping salinan kuata tambahan tempahan tiket yang diluluskan.

Selain itu, penyokong juga dilaporkan akan membuat laporan
Polis dan SPRM kerana sangsi dengan ketelusan dalam pembahagian tiket yang
dilakukan pihak KFA.



Luahan Pak Nasir Abas, pelari solo negeri Kedah


Memetik video yang disiarkan oleh pihak Utusan Online,
mereka telah menemubual Encik Shahrul Niza Omar yang merupakan ahli
Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA),
beliau memberitahu tiket yang diterima mereka dari Persatuan Bola Sepak
malaysia adalah 30 ribu keping.
Namun, menurut beliau lagi, tiket yang dijual di kuanter
tiket Stadium Darul Aman tidak sampai 10 ribu keping.
Beliau menyatakan telah menerima penambahan bilangan Bas
kepada 400 buah melibatkan 18,000 keping tiket terpaksa diperuntukkan.
“Mungkin penyampaian maklumat yang kurang tepat
menyebabkan penyokong beranggapan 30,000 tiket dijual di kaunter hari ini namun
sebenarnya kami hanya memperuntukkan tidak sampai 10,000 tiket saja
memandangkan selebihnya untuk permohonan berkumpulan, kelab gabungan, pemain,
Exco KFA dan penaja,” katanya.
Video jawapan daripada pihak KFA

Advertisement


Apapun, harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. 
KEMASKINI
Laporan polis daripada penyokong



Siakapkeli.my

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel