Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] “Tadi Aku Dah Kata Jangan Ikut…”



SATU rakaman video memaparkan seorang wanita memukul dan
mengherdik seorang kanak-kanak dipercayai anaknya menjadi tular di laman
sosial, hari ini.

Menerusi rakaman video berdurasi 50 saat, wanita itu
kedengaran menengking kanak-kanak itu yang dianggarkan berusia lingkungan 4
tahun kerana berang anaknya mahu mengikutnya keluar.
Memetik laporan portal The Reporter, kejadian didakwa
berlaku di kawasan perumahan Taman Mahkota Emas, Kuantan, Pahang, namun tidak
dapat dipastikan bila insiden itu berlaku.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Berdasarkan rakaman, wanita itu yang memakai T-shirt
berkolar berwarna biru bertindak memukul dan menampar sebelum menarik
kanak-kanak itu masuk ke dalam kereta.
“Tadi aku dah kata jangan ikut… mati kau, aku kerjakan,”
kedengaran wanita itu menengking budak itu.
Budak itu kedengaran menangis ketakutan selepas dimarahi dan
dipukul oleh si ibu.
Berdasarkan rakaman juga dipercayai perakam dan seroang
lelaki lain memerhatikan insiden tersebut, namun tidak berbuat apa-apa.
Susulan insiden tersebut, netizen meluahkan reaksi pelbagai
namun tidak menyalahkan sepenuhnya perbuatan si ibu memukul anaknya kerana
berpendapat mungkin kanak-kanak itu degil dan enggan mendengar arahan si ibu.

Ada juga yang berpendapat si ibu mungkin sedang mengalami
masalah sehingga tidak dapat mengawal kemarahannya.
Sementara, segelintir lagi mengecam tindakan perakam yang
hanya memerhati dan merakam insiden tersebut tanpa cuba menasihati si ibu
daripada bertindak kasar terhadap anaknya.
Advertisement

– mD

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel