Connect with us

Berita Lain

Wan Kuzain Wan Kamal Cipta Sejarah Lagi Di Amerika


Anak Malaysia pertama yang mencipta sejarah dengan menjulang kejuaraan USL Western Conference
bersama Swope Park Rangers selepas membenam OKC Energy menerusi penentuan
sepakan penalti 7-6 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selama 120
minit dalam aksi final Sabtu lalu.
Wan Kuzain Wan Kamal,19, menyertai kelab itu pada
pertengahan musim ini, dia yang lebih dikenali dengan gelaran Messi Amerika
adalah watak penting dan tulang belakang kepada kebangkitan pasukan itu.
Hasil kemenangan ke atas seteru utama dari saingan Western
Conference itu, pemain berdarah Malaysia yang kini menetap di Amerika Syarikat
itu akan memimpin pasukannya beraksi dalam pentas final Piala USL 2017 berdepan
satu lagi juara Eastern Conference iaitu Louisville City FC pada 13 November
ini, di Kentucky, Amerika Syarikat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sebelum ini, Louisville City FC berjaya menumbangkan juara
bertahan Piala USL, New York Red Bulls II menerusi sepakan penalti 4-3 selepas
terikat 1-1 dalam masa sebenar dan tambahan masa.
Menurut akaun Facebook milik ayahnya, Wan Kamal, dia
dilimpahi ratusan ucapan tahniah dan doa selepas peminat bola sepak tempatan
terkejut dengan percapaian cermelang anaknya.

“Terima kasih atas sokongan kepada Kuzain. InsyaAllah,
pada Disember ini dia akan pulang ke Malaysia bersama abangnya,” kata Wan
Kamal kepada peminat anaknya itu.

Nikola Popovic sering memberi pujian terhadap aksi Kuzain
kerana kagum dengan kebolehannya.
Aksi pertamanya ketika menewaskan OKC Energy 3-1 dalam
saingan liga tujuh bulan lalu, dia merekodkan ketepatan hantaran paling tinggi
dengan 96% sekali gus menguasai bahagian tengah.

– Berita Harian/Siakap Keli

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel