Connect with us

Berita Lain

Wanita Vietnam Bergelar ‘Datuk’ Direman Tujuh Hari Sogok Pegawai Maritim


PUTRAJAYA: Seorang wanita Vietnam yang bergelar ‘Datuk’
direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan memberikan wang rasuah
berjumlah RM890,000 melalui lima transaksi kepada pegawai Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk melepaskan bot-bot Vietnam yang telah
ditahan di perairan Malaysia atas beberapa kesalahan.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Ainna Sherina
Saipolamin bermula hari ini sehingga 22 November ini mengikut Seksyen 16(B) b
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Terdahulu, suspek wanita yang berumur 41 tahun itu tiba di
perkarangan mahkamah tersebut pukul 9.40 pagi dengan berpakaian lokap SPRM dan
tangan bergari.
Suspek yang lebih dikenali sebagai Datuk Maimunah, ditahan
di pejabat SPRM Pahang pada jam 12.10 tengah hari semalam.
Sebelum ini, pada Jumaat lalu, Datuk Maimunah atau nama
sebenarnya Tran Thi Mai telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan berhubung satu
kes sogokan lain kerana menawarkan wang tunai RM800,000 kepada seorang pegawai
SPRM yang menyamar sebagai orang tengah untuk diserahkan kepada Kapten Nurul
Hizam Zakaria dan Kapten Amran Daud pada jam 9.40 pagi, 5 November lalu.
Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah dan pendakwa
menetapkan jaminan RM100,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia bersama
syarat tambahan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh melaporkan
diri ke balai polis Kuantan, setiap bulan.
Sebutan semula kes itu ditetapkan 11 Disember ini.
– Utusan Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel