Connect with us

Berita Lain

Warga Emas Rogol Remaja Kena 15 Sebatan Dan 18 Tahun Penjara


PUTRAJAYA, 17 Nov ― Seorang lelaki berumur 63 tahun hari ini
dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan diperintahkan supaya dikenakan 15 sebatan
rotan oleh Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak kerana merogol seorang
gadis bawah umur.
A. Rahman Mohd Jidon, 63, mengaku bersalah terhadap lima
pertuduhan merogol gadis berumur 15 tahun lapan bulan itu di sebuah apartmen di
Petaling Jaya dalam bulan Ogos dan 28 Sept tahun ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hakim Mahkamah Sesyen Yong 
Zarida Sazali menjatuhi hukuman penjara 18 tahun dan tiga sebatan rotan
terhadap A.Rahman bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan supaya dia menjalani
hukuman penjara serentak mulai hari ini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika disabitkan
kesalahan.
Dalam rayuannya, A. Rahman memohon hukuman lebih ringan oleh
kerana dia tidak bekerja dan sudah tua.
Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin memohon mahkamah
menjatuhi hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada A.Rahman dan masyarakat
umum. ― Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel