Categories: Berita Lain

Agong Berangkat Ke Majlis Cukur Jambul Cucu Lelaki PM


PUTRAJAYA — Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari
ini berangkat menghadiri majlis cukur jambul dan doa selamat cucu lelaki
Perdana Menteri, Adam Razak Daniyar di Seri Perdana di sini.
Pada majlis itu, baginda turut menyempurnakan upacara tahnik
dan bercukur jambul ke atas Adam Razak sambil disaksikan kenamaan yang hadir
termasuk kerabat diraja, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri
Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi dan anggota Kabinet.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Turut berangkat pada majlis tersebut ialah Sultan Perak
Sultan Nazrin Shah diiringi Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, dan Sultan
Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah diiringi Tengku Permaisuri Selangor
Tengku Permaisuri Norashikin.
Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan
Ismail Petra, Sultanah Pahang Sultanah Kalsom dan Tengku Puan Pahang Tunku
Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat pada majlis berkenaan.
Majlis tersebut turut dihadiri bonda Perdana Menteri Tun
Rahah Mohammad Noah.
Kenamaan lain yang turut hadir ialah Menteri Besar Negeri
Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad
Razif Abdul Rahman dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.
Hadir sama, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi
dan Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Majlis dimulakan dengan berselawat diikuti bacaan ayat
al-Quran. Ini diikuti dengan upacara bertahnik dan bercukur jambul.
Adam Razak, tiga bulan, merupakan putera kepada anak
perempuan Perdana Menteri dan Rosmah, Nooryana Najwa yang bernikah dengan
Daniyar Nazarbayev pada 2015.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 24 Ogos lepas, Perdana Menteri berkongsi berita gembira
mengenai kelahiran cucu lelaki baharunya di laman Twitter.
Berita itu mendapat perhatian netizen yang sama-sama
berkongsi rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada Najib dan keluarga.
– Bernama

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

1 hour ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

5 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

10 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago