Categories: Berita Lain

Pendapatan Isi Rumah Naik Dua Kali Ganda


KUALA LUMPUR 2 Dis. – Pendapatan kasar bulanan isi rumah
kaum bumiputera meningkat daripada RM3,624 pada tahun 2009 kepada RM6,267 tahun
lalu dengan me­nyaksikan peningkatan hampir dua kali ganda, kata Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malah, sejak beliau mula memegang tampuk pemerintahan
negara, kadar kemiskinan bumiputera juga berjaya diturunkan da­ripada 5.3
peratus pada tahun 2009 kepada 0.5 peratus pada tahun lalu.

“Kita akan pastikan Melayu dan bumiputera terus berdaya
saing, sama ada dari segi pendidikan, pekerjaan, pemilikan aset dan banyak
lagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Semua ini saya rangkumkan dalam Transformasi Kesejahte­raan
Bumiputera yang dilancarkan pada awal tahun ini, yang me­nyingkap segenap
pencapaian dan juga aspirasi masa hadapan kita untuk Melayu dan bumiputera di
Malaysia,” kata Perdana Menteri menerusi catatan di blog najibrazak.com.
Catatan tersebut dibuat sempena Perhimpunan Agung UMNO ke-71
yang akan bermula pada 5 sehingga 9 Disember ini.
Mengulas lanjut Najib yang juga Presiden UMNO berkata,
walaupun tempoh usia 71 tahun UMNO diumpamakan sebagai usia yang masih muda,
masih baharu dan masih belia, UMNO bertanggungjawab membawa kemerdekaan dan
memimpin bangsa dan negara ke arah kejayaan.
“Alhamdulillah, meskipun da­lam usia muda ini, kita telah
mencapai begitu banyak, untuk Melayu, untuk bumiputera, untuk Islam, dan untuk
negara Malaysia.
“Menjelang Perhimpunan Agung UMNO ke-71 ini, sama-sama kita
hayati sejauh mana UMNO telah memimpin Melayu dan bumiputera, dan secara
langsungnya juga negara, ke arah kejayaan yang kita kecapi hari ini.
Perdana Menteri berkata, semua kejayaan tersebut adalah
hasil perjuangan UMNO atau lebih tepat lagi, hasil kesanggupan, hasil titisan
darah dan ke­ringat, hasil kesetiaan dan wala’ tidak berbelah bahagi kesemua
ahli-ahli UMNO di setiap lapisan masyarakat daripada akar umbi ke pucuk
kepimpinan.
“Kerana UMNO adalah parti yang bertunjangkan kepentingan
rakyat, memperjuangkan nasib rakyat. UMNO adalah parti yang cintakan negaranya,
yang sanggup berkorban hingga ke titisan darah terakhir demi Malaysia. UMNO
adalah parti rakyat, hak dan milik ahli-ahlinya, bukan parti milik mana-mana
individu.

“Insya-Allah, UMNO akan terus gagah memikul tanggungjawab
ini, menjadi nakhoda membawa Melayu, bumiputera, rakyat serta negara Malaysia,
dalam pelayaran menuju lembah kejayaan, kerana perjuangan kita ini perjuangan
berasaskan nurani yang luhur, ikhlas dan murni. Demi agama, demi bangsa, demi
negara,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

– Utusan Online

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

6 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

7 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago