Connect with us

Berita Lain

Pegawai Khas PM Tempelak Fathia Latiff?


SHAH ALAM – Sebagai insan seni, mereka dinasihatkan agar
tidak menjadi alat kepada parti pembangkang, demikian menurut Ketua Penolong
Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor.
Beliau yang membuat teguran secara terbuka kepada segelintir
artis yang dilihat begitu asyik menghentam kerajaan tanpa mengetahui perkara
sebenar.
“Dapatkan fakta yang betul sebelum menulis dan tulislah
dalam keadaan waras.
“Nasihat saya agar ‘beliau’ berhenti daripada menggunakan
pengaruh sebagai artis untuk memesongkan pemikiran rakyat negara ini,” katanya
yang dipetik dari laman Facebook miliknya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun, beliau tidak secara terperinci mendedahkan
kepada siapa artis yang dimaksudkan.
Beliau berata, tidak sesuai untuk artis ini menjadi
perkakasan parti pembangkang yang kini terdesak untuk meraih populariti menjelang
PRU14.
“Malah parti itu nak buat mesyuarat agung pun tak mampu
bagaimana nak diharapkan untuk mentadbir negara?
“Bekerjalah sedaya upaya dalam dunia seni tempatan yang
cukup luas bidangnya, kalau dah tak laku jadi pelakon, cuba pula bidang lain
atau setidak-tidaknya guna pengaruh untuk mulakan serta kembangkan perniagaan,”
ujarnya.
Tanpa menyebut nama artis berkenaan, Rizal berkata
populariti artis tersebut merudum kerana 
perangai sendiri yang tidak berdisiplin dan terlibat dengan gejala-gejala
negatif.
“Kini, terdesak untuk meraih semula populariti, beliau cuba
membuat posting-posting politik yang tidak tahu apa yang ditulis.
“Daripada menghabiskan masa membaca portal berita atau blog
pembangkang, lebih baik mencari maklumat untuk mendapatkan pelbagai bantuan
khususnya untuk orang bangsa sendiri dan masyarakat seni,” katanya lagi.
Rizal berkata, sejarah menunjukkan nasib yang menimpa
beberapa artis yang dipergunakan pembangkang yang akhirnya terpaksa kembali
kepada dunia seni apabila dipinggir setelah pembangkang mencapai matlamat
mereka.
“Contoh jelas pada PRU13 yang lalu, golongan artis hanya
digunakan untuk berceramah tetapi kemudiannya nasib mereka langsung tidak
dipedulikan,” katanya.
Rizal juga membacakan teks yang sama ketika melancarkan
Dewan Perniagaan Artis dan Selebriti Malaysia di Royale Chulan Damansara, hari
ini.
Terdahulu, pelakon Fathia Latif mencetuskan kontroversi
apabila status-status di laman Twitter miliknya yang menghentam kerajaan.
Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff memberikan pandangan
mengenai kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bahawa masyarakat
Malaysia akan menjadi bebas mata wang menjelang tahun 2050 nanti.
“Kita nak jadi macam zaman batu balik ke? Buat sistem
barter balik, kau bagi aku televisyen, aku bagi kau basikal. Takut,”
tulisnya.
Komennya itu menjadi tular dan mendapat perhatian netizen
prihatin apabila ada diantara mereka menjadikan komen tersebut sebagai jenaka
seperti Ajibtoo.
Pelakon drama Dia Isteri Luar Biasa ini sebelum ini
mencetuskan kontroversi dengan beberapa status di Twitternya.
Terbaru Fathia mempersoalkan siasatan yang dijalankan
terhadap Dr Mahathir berkenaan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
tentang kerugian Bank Negara dalam urus niaga tukaran wang asing (Forex).
“Selepas berpuluh-puluh tahun Tun (Dr Mahathir) berkhidmat
pada negara baru nak dakwa? Inilah dinamakan ‘bijak’?” soalnya.
Tidak hanya itu, menerusi statusnya Fathia berkata, jika
‘ingin membuka cerita lama’, siasatan patut juga dibuat terhadap dakwaan
‘sejumlah wang yang dimasukkan ke akaun peribadi individu tertentu’.
“Siasatan perlu dibuat dan ‘keputusannya’ didedahkan
kepada umum kerana masih ada persoalan yang tidak dijawab sepenuhnya. Setuju?”
soalnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Awal November lalu, status Fathia terus menjadi perhatian
apabila mempersoalkan mengenai harga minyak.
“Minyak naik lagi RM2.31 sen! Sapa (siapa) sakit hati? Ke
tak rasa apa-apa sebab dah immune (biasa)?” katanya.
Tidak hanya itu, Fathia juga hebat dikecam hanya kerana
mempersoalkan sama ada Najib melawat pusat banjir di Pulau Pinang.
“Assalamualaikum Prime Minister, tak pergi ke jenguk-jenguk
#Penang?” tulisnya.

Advertisement
Fathia dilihat antara pelakon yang lantang menyuarakan
pendapat biarpun adakalanya dianggap keterlaluan.

– Sinar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel