Categories: Berita Lain

Duda Didakwa Rogol Kekasih Bawah Umur Hingga Hamil 5 bulan


Seorang duda anak dua mengaku tidak bersalah di Mahkamah
Sesyen Kota Bharu, hari ini terhadap dua tuduhan merogol kekasih bawah umur
antara Mac dan November lalu.
Mohd Fakhrul Bazlie Mohamed Apandi, 33, membuat pengakuan
itu selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim
Ahmad Bazli Bahruddin.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa merogol remaja
perempuan berusia 15 tahun 8 bulan di sebuah rumah di Beris Kubur Besar, Bachok
antara Mac hingga Oktober lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagi tuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa sama di
lokasi sama jam 1.30 tengah hari, 20 November lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1), Kanun Keseksaan
yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar tidak
menawarkan sebarang jaminan kerana kes berkenaan adalah kesalahan serius
manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 17 Januari depan sebagai tarikh sebutan
semula kes untuk laporan kimia dan perubatan.

Difahamkan, mangsa kini hamil lima bulan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago