Saturday, November 08, 2025

Tun Mahathir PM, Azizah TPM?

December 5, 2017
1 min read
Kesepakatan itu dicapai selepas cadangan menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai dan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai TPM itu dikemukakan pada permukiman Harapan Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. – Foto: Perak Today

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (Harapan) difahamkan telah
sepakat melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan Datuk Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya sekiranya menang PRU14.
Kesepakatan itu dicapai selepas cadangan menamakan dua
pemimpin berpengaruh itu dikemukakan pada permukiman Harapan yang diadakan pada
Jumaat dan Sabtu lalu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Beberapa pemimpin pakatan itu juga telah mengesahkan
cadangan tersebut ada dibuat pada permukiman tersebut dan hanya menunggu restu
daripada Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Memetik laporan Malaysiakini, Ahli Biro Politik PKR, Datuk
Johari Abdul mengesahkan cadangan itu dibuat ketika pemimpin kanan Harapan
mengadakan pemukiman dua hari itu.
Katanya, cadangan tersebut perlu restu daripada Anwar
terlebih dahulu selain menghormati bekas timbalan perdana menteri itu.
Sementara itu, ada juga laporan menyebut semua parti dalam
Harapan bersetuju untuk menamakan Dr Mahathir dan Wan Azizah sebagai perdana
menteri interim dan timbalan perdana menteri kecuali PKR.
Sementara itu, portal The Malaysian Insight  memetik sumber melaporkan, cadangan itu
dikemukakan dalam pemukiman Harapan itu dipersetujui Bersatu, Amanah dan DAP.
“Kecuali PKR, disebabkan PKR masih mahu tangguh
membincangkan dalam biro politik mereka mengenai perkara ini, kita tangguhkan
untuk buat keputusan,” kata sumber itu kepada portal tersebut.
Portal sama juga melaporkan, sumber dari Amanah berkata,
partinya sudah membuat keputusan mengenai sebulan lalu.
“Namun parti lain masih belum buat keputusan,” katanya.
Isu kepimpinan dan calon perdana menteri menjadi satu faktor
yang banyak diperdebatkan ketika tarikh PRU14 semakin menghampiri.
Untuk rekod, Mahathir ialah Pengerusi Bersatu merangkap
Pengerusi Harapan dan Wan Azizah dipilih sebagai presiden gabungan empat parti pembangkang
itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebelum ini, Anwar dinamakan calon perdana menteri
pembangkang, namun kedudukannya yang masih ditahan di penjara tidak
memungkinkan beliau dilantik ke jawatan berkenaan serta-merta.
Dr Mahathir pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun
sejak 1981 dan pada sebahagian tempoh itu Anwar pernah menjadi timbalannya.
Anwar dijangka dibebaskan dari penjara pertengahan tahun
depan tetapi undang-undang semasa melarangnya memegang atau terlibat dalam
politik selama lima tahun.

– Sinar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian