Saturday, November 15, 2025

[FOTO] Suami Tembak Isteri Sampai Mati Kerana Tak Puas Hati Mangsa Failkan Perceraian Di Mahkamah

December 6, 2017
1 min read

Seorang wanita ditembak mati dengan enam das tembakan oleh
suaminya yang berang dengan mangsa memfailkan tuntutan cerai di mahkamah, lapor
Coconut Jakarta.
Dalam kejadian jam 2 petang Khamis lalu, mangsa, Doktor Letty
Sultri, yang sedang bertugas di Pusat Perubatan Azzahra di Jakarta Barat,
didatangi suaminya, Doktor Helmi yang tidak bertugas pada waktu itu.
Pasangan berkenaan dilaporkan bertengkar sebelum Helmi yang
gagal mengawal kemarahannya lalu mengeluarkan pistol dan menembak mangsa
sebanyak enam kali di bahagian muka dan dada.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Selepas kejadian itu, Helmi melarikan dan meninggalkan mayat
isterinya. Namun Helmi menyerah diri di balai polis selepas dua jam kemudian
dan menyerahkan dua pucuk pistol yang dibawanya.
Siasatan polis mendapati motif kejadian adalah kerana suspek
berang dengan mangsa yang mengugut mahu bercerai dengan suspek. Semakan rekod
juga medapati, mangsa telah memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah
Jakarta Timur.

Walaupun Helmi adalah doktor, namun dia tidak mempunyai
pekerjaan. Media melaporkan, Helmi kehilangan kerjanya di sebuah klinik selepas
didakwa merogol kakitangannya, namun mangsa tidak membuat laporan mengenai
kejadian itu kepada pihak polis.
Menurut keluarga mangsa, Helmi telah mendera mangsa secara
fizikal sebelum mangsa mengambil keputusan untuk memfailkan tuntutan cerai
kerana sudah tidak tahan diperlakukan seperti itu.
Polis berkata, mangsa sebelum ini pernah membuat laporan
polis berhubung kes keganasan rumahtangga yang dialaminy pada Julai dan mahu
menggunakan bukti dari siasatan pihak polis di mahkamah bagi menyokong tuntutan
perceraiannya itu..

Bagaimanapun, polis menyatakan mereka tidak pernah
mengenakan dakwaan terhadap Helmi kerana mangsa telah berdamai dengan lelaki
itu.
Ahli keluarga mangsa dengan tegas menafikan kenyataan polis
itu dan berkata mereka masih menunggu polis mengenakan dakwaan keganasan
rumahtangga terhadap Helmi sehingga pada Khamis lalu mangsa ditembak mati.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ahli keluarga mangsa juga mendedahkan, Helmi sebelum ini
pernah mengugut mahu membunuh mangsa beberapa kali jika mangsa meneruskan niat
untuk memfalkan permohonan cerai.

Polis menahan suspek dan didakwa atas tuduhan membunuh dan
bakal dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun di penjara atau gantung sampai
mati.




Sumber: The Reporter

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Dua Penyanyi Dangdut Maut Dalam Kemalangan Di Sulawesi Selatan

SULAWESI SELATAN, INDONESIA – Dua penyanyi dangdut wanita tempatan dilaporkan maut selepas

Belum Kering Luka Gaza, Tular Pula Penderitaan Umat Islam di Sudan

SUDAN – Belum pun reda air mata kita mengenang nasib saudara di