Monday, December 08, 2025

‘Go To Hell, Sheila Majid’ – Azwan Ali

December 6, 2017
1 min read

Baru-baru ini, Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid,
memuat naik tweet keluhannya mengenai kos sara hidup yang semakin tinggi dan
beberapa perkara berkaitan, mengundang pelbagai reaksi netizen.
“Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi
dan pekerjaan sukar didapati. Rakyat Malaysia semakin letih dan marah kerana
dihimpit hutang yang bukan kita cipta.
“Cukuplah beralasan dan cari kesalahan. Tumpu pada
tugas meletakkan negara kembali ke landasan! Mengecewakan!” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tweet penyanyi itu juga mendapat perhatian beberapa individu
pro kerajaan yang kemudian mengecam Sheila Majid yang dilabel sebagai meroyan
kerana dakwaan penyanyi itu dikatakan tidak benar.

“Ringgit semakin pulih, stabil dan lebih baik daripada
dua tahun sebelum ini. Tak suka ke tengok nilai ringgit kita sedang
pulih?” kata netizen.
Malah mereka juga turut mempertikaikan gaya hidup Sheila
yang didakwa tidak pernah merasai hidup susah.
Sementara itu, Azwan Ali terkejut dengan kenyataan Sheila
Majid dan dalam masa yang sama mengecamnya.
“Bila dia meroyan seperti itu, itu merosakkan generasi
baru. Anda kononnya artis besar, kalau kau berjaya, kau ada datuk, kaya raya,
ada pengikut berjuta bukankah kerana kerajaan. Go to hell (pergi
jahanam),” katanya memetik laporan dari MalaysiaKini.
“Saya rasa zaman dia sudah jatuh, bila lagi hendak
popular? Tetapi tidak boleh lawan Azwan Ali punya viral,” katanya yang
juga menyifatkan kenyataan Sheila itu seolah-olah membunuh diri.
“Dia seorang yang berpengaruh, seorang diva harus
menggunakan sedikit common sense dengan situasi yang tidak perlu beremosi. Bila
orang hormati dia, dia buat kenyataan demikian, ia membunuh diri,” katanya
lagi.

Bagaimanapun Azwan berkata, kenyataan Sheila itu tidak akan
menjejaskan Barisan Nasional. Malah katanya, Najib tidak perlukan artis sangkak
untuk memenangi pilihan raya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Najib adalah nama yang terlalu besar, apalah sangat
dengan artis sangkak,” katanya.


Sumber: The Reporter

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Dua Remaja Ditahan Selepas Aksi Basikal Lajak Tular Di Media Sosial

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Polis menahan dua remaja lelaki selepas video

Perjuangan Khamil Bashah Berakhir, Penghidap Barah Darah Meninggal Dunia

SUNGAI BULOH — Perjuangan penghidap barah darah, Muhamad Khamil Bashah Abdul Samat,