Saturday, November 08, 2025

Tolak Nostalgia Dongeng Zaman Dr Mahathir – KJ

December 6, 2017
2 mins read

KUALA LUMPUR: Rakyat perlu menolak sama sekali nostalgia
dongeng yang dijaja bagi menggambarkan bahawa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad
adalah lebih baik daripada sekarang.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata penolakan itu
wajar kerana harapan palsu yang menyasar dari segi logik, direka hanya demi
kemenangan politik dan bakal mengorbankan masa depan generasi akan datang.
“Dewasa ini, rakyat Malaysia sering dimomok-momokkan
dengan nostalgia dongeng. Tidak salah kita mengimbau semula kenangan semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tetapi bahayanya apabila kita dijamu nostalgia yang
diubah, ditokok tambah, sehingga lebih sudu dari kuah, nostalgia mimpi di siang
hari, tersasar jauh dari realiti, memori yang sengaja diolah semula supaya
menyimpang dari kebenaran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar
Ketua Pemuda UMNO bertajuk ‘Nostalgia Dongeng, Harapan Palsu, Transformasi
Sebenar’ sempena Perhimpunan Agung UMNO Pergerakan Pemuda UMNO 2017 di sini,
sebentar tadi.
Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN),
menjelaskan nostalgia dongeng itu begitu bahaya, malah dalam konteks politik ia
boleh membawa bencana.
“Kerana kita boleh terbawa-bawa bukan dengan realiti,
tetapi satu fatamorgana sejarah yang mengaburi mata bahawa tahun 80-an dan
90-an dahulu, indah serba serbi.
“Nostalgia dongeng ini perlu ditangkis dan ditentang
kerana ia memberikan gambaran seolah-olah keadaan yang terdahulu lebih baik
daripada sekarang,” katanya.
Justeru, atas sebab itu beliau berkata rekod lama mesti
dikaji semula supaya sejarah lalu boleh difahami, supaya kesimpulan mudah tidak
dibuat oleh pengundi muda pada hari ini.
“Ini agar pengundi muda tidak begitu mudah membuat
‘logical reasoning’ atau penaakulan mantik bahawa – dulu zaman Mahathir dan
kini zaman Najib.
“Zaman dahulu lebih baik daripada zaman sekarang.
Bermakna Dr Mahathir lebih baik daripada Najib. Justeru, kita undi parti Dr
Mahathir. Penaakulan mantik sedemikian yang perlu kita perjelas dan
hapuskan,” katanya.
Khairy juga membangkitkan skandal dan perjanjian berat
sebelah yang diamalkan ketika zaman Dr Mahathir di mana kesannya dirasai
sehingga sekarang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Katanya, banyak syarikat besar yang hampir bungkus
diselamatkan dan penyelesaiannya adalah dengan menggunakan duit rakyat.
“Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan (Mahathir),
bila dilanda krisis, Petronas melalui MISC yang selamatkan. RM1.7 bilion duit
siapa? Duit kita, duit rakyat juga.
“Bank Negara (Malaysia) rugi tukaran asing lebih RM31
billion, kita lupa? Perwaja Steel rugi RM10 billion, pun kita lupa? PKFZ ( Zon
Bebas Pelabuhan Klang) rugi RM4.6 billion, kita lupa juga? Belum kira BioTech
Valley, konon nak tarik pelabur dan pelaburan, tapi apa yang terjadi sasaran
pelaburan RM1 bilion sepi tanpa berita.
“Belum lagi cerita tentang e-Village, konon nak bina
Studio Hollywood Asia, tapi selepas bagi peruntukan lebih RM2 bilion, habuk pun
tiada,” katanya.
– Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian