Categories: Berita Lain

Walaupun ‘Diserang’ Azmin Tetap Sayang Azwan


KLANG – Menteri Besar Selangor memanjatkan doa agar ALLAH
SWT memberi hidayah dan membuka pintu hati adiknya, Azwan Ali agar terus
menyayangi beliau dan adik-beradik yang lain.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sebagai abang, beliau
sentiasa mendoakan yang terbaik buat kesemua adiknya, termasuk Azwan.
“Saya sentiasa mendoakan Azwan walaupun dia menyerang
saya, Insya-ALLAH semoga ALLAH akan menyelamatkan dan membuka pintu hatinya untuk
terus menyayangi saya dan adik beradik yang lain.
“Itulah doa saya kepada dia, semoga ALLAH beri kasih
sayang kepada dia dan ALLAH buka pintu hatinya supaya ada sifat penyayang dan
berbuat baik kepada ahli keluarga,” katanya ketika ditemui pada Jelajah
Inisiatif Peduli Rakyat bagi Dun Sementa di Masjid Jamiul Hasaniah Kampung Batu
3, Jalan Kapar, di sini malam ini.
Beliau mengulas mengenai video Azwan yang tular dan
mencetuskan kontroversi.
Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata, apapun yang
berlaku Azwan tetap adiknya dan beliau tetap akan menyayangi Azwan dan
adik-beradik yang lain.
Katanya, beliau tidak perlu mengulas lebih panjang berkenaan
perkara itu memandangkan isu itu membabitkan keluarganya yang tidak perlu
dibincangkan secara umum.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ketika ditanya kenapa Azwan bertindak sedemikian, Azmin
berkata, dia tidak tahu menahu mengenai tujuan adiknya itu namun dia menerima
dengan hati yang terbuka.
Terdahulu tular video Azwan berikrar untuk ‘menjahamkan’
abangnya di Selangor dan pengacara kontroversi itu mengumumkan beliau akan
mendedahkan rahsia mengenai abangnya itu yang disimpan sejak sekian lama.
Terbaru, Azwan mencabar Azmin untuk membuat sumpah laknat
dan ia harus berlangsung bersaksikan tujuh imam dan beliau sendiri akan
menerimanya.

Sumber: Sinar Online

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago