Connect with us

Berita Lain

Adibah Noor Kesal Rakan Artis Dikecam Dan Dinafikan Hak Bersuara


Apakah wujud undang-undang tertentu yang mewajibkan golongan
selebriti bercakap tentang ruang lingkup seni dan hiburan semata-mata?
Mungkin inilah yang bermain dalam pemikiran pelakon dan
penyanyi Adibah Noor selepas melihat beberapa selebriti diserang hanya kerana
menyatakan pendapat berkenaan isu semasa dan politik.
Memetik laporan Malaysiakini, Adibah Noor berkata segala serangan yang dilontarkan kepada mereka kebanyakannya
bernada sama pula.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bila artis bersuara, mulalah depa guna template yang
sama untuk hentam artis itu cukup-cukup.
“Artis itu akan dilabel propembangkang, ‘bukan bidang
kau maka jangan nak pandai-pandai’, dah sendu maka nak cari publisiti murahan,”
katanya di Twitter sebentar tadi.

Segala serangan itu, kata penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu
lagi, seolah-olah menggambarkan mereka tiada hak langsung untuk bersuara.

Di sebalik serangan terhadap selebriti, Adibah berkata
rakyat yang mengikuti pandangan mereka bijak membuat penilaian sendiri.
“Anda tahu, ramai netizen yang baca ruang komen itu
adalah jauhari dan pengundi berdaftar,” katanya lagi.

Membalas twit Adibah, pengacara Daphne Iking (gambar)
berkata selebriti juga adalah pengundi yang perlu tahu tentang perjalanan
pentadbiran negara dan anggota parlimen mereka.
Namun merujuk kepada kenyataan Sheila secara khusus, beliau
tidak merasakan ia sebagai “mencampuri hal-ehwal politik”.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Mereka kata penghibur tidak harus campur hal-ehwal
politik. Jika mereka merujuk kenyataan Ratu Jazz, dia tidak (membuat kenyataan
politik). Tetapi mereka tetap cakap dia melakukannya,” katanya lagi.
Semalam, Daphne di Twitter berkata Sheila mempunyai hak
untuk bersuara, sama seperti rakyat Malaysia yang berhak untuk mengundi.
“Jika anda gembira atau tidak gembira dengan
pentadbiran sedia ada, jadikan undi anda bernilai,” katanya lagi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel