Sunday, November 16, 2025

TPM Thailand Disiasat Selepas Dilihat Memakai Jam Tangan Mewah Dan Cincin Berlian

December 8, 2017
1 min read

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand (NACC) akan meminta
Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwon memberi penjelasan berhubung jam
tangan mewah dan cincin berlian yang dipakainya semasa menghadiri satu majlis
rasmi baru-baru ini.
Pengerusi NACC Watcharapol Prasarnratchakij berkata sepucuk
surat akan dihantar kepada Prawit tidak lama lagi bagi meminta beliau
menjelaskan tentang dua barangan itu, yang tidak disenaraikan dalam
perisytiharan harta sebelum beliau menjawat jawatan pada 2014.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami hendak tahu bagaimana beliau memperoleh barangan itu
dan sama ada terdapat bukti bahawa barangan itu dibeli atau diwarisi,” katanya
seperti yang dipetik media tempatan di Bangkok pada hari Jumaat.
Prawit, yang juga menteri pertahanan dan seorang anggota
kanan kerajaan yang diterajui tentera, dilihat memakai kedua-dua barangan mewah
itu semasa sesi bergambar bersama-sama anggota Kabinet baharu pada Isnin lepas.

Gambar beliau memakai cincin dan jam tangan mewah itu, yang
dipercayai media berjenama Richard Mille dianggarkan bernilai antara lebih 4
juta Baht (kira-kira RM516,000) hingga 10 juta Baht (about RM1.3 juta),
menimbulkan kekecohan di kalangan media selain mengundang kritikan awam.
Menurut media tempatan, jam tangan mewah seperti itu juga
pernah dipakai pemain tenis terkemuka dunia, Rafael Nadal.
Timbalan perdana menteri, ketika ditanya media baru-baru
ini, berkata beliau akan memberi maklumat tentang kedua-dua barangan mewah itu
kepada NACC seperti yang dikehendaki dan tidak akan melayan soalan daripada
wartawan berhubung perkara itu.

Sementara itu, turut dibangkitkan adalah persoalan sama ada
Watcharpol, yang merupakan bekas pembantu Prawit, akan dapat menyiasat bekas
ketuanya itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Watcharpol berkata siasatan akan dijalankan berpandukan
undang-undang dan mana-mana pesuruhjaya NACC yang mempunyai konflik kepentingan
akan dilarang daripada menyertai siasatan itu.

– Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Dua Penyanyi Dangdut Maut Dalam Kemalangan Di Sulawesi Selatan

SULAWESI SELATAN, INDONESIA – Dua penyanyi dangdut wanita tempatan dilaporkan maut selepas

Belum Kering Luka Gaza, Tular Pula Penderitaan Umat Islam di Sudan

SUDAN – Belum pun reda air mata kita mengenang nasib saudara di