Categories: Berita Lain

Pekerja Kilang Dakwa Diberhentikan Tanpa Notis, Tuntut Pampasan


KUANTAN: Seramai 118 bekas pekerja sebuah kilang keluli di
Kawasan Perindustrian Gebeng menuntut pembelaan selepas mereka diberhentikan
tanpa sebarang pampasan daripada syarikat itu.
Seorang bekas pekerja, Zafran Ahmad, 43, berkata kesemua
mereka merupakan pekerja tempatan yang telah bekerja di kilang terbabit di
antara 15 hingga 20 tahun.
Menurutnya, pihak kilang memberhentikan pekerja dalam tiga
peringkat.
Dalam peringkat pertama, 39 pekerja telah diarahkan untuk
tidak datang bekerja selama 12 hari. Apabila mereka kembali ke kilang pada hari
ke-13, mereka dimaklumkan telah pun diberhentikan kerja.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Peringkat kedua membabitkan 56 orang pekerja yang telah
diberikan notis berhenti kerja sementara.
Peringkat ketiga pula membabitkan 23 pekerja yang diberi
memo yang menyatakan mereka telah diberhentikan kerja.
Zafran berkata, dalam memo yang dikeluarkan, syarikat
berkenaan berjanji untuk melunaskan gaji tertunggak namun sehingga kini mereka
masih belum menerimanya.
“Pada 17 Nov lalu, semua pekerja diberi notis peringkat
terakhir yang menyatakan kami semua tidak perlu masuk kerja lagi.
“Kami masih ada gaji tertunggak dan tiada pampasan diberikan
oleh syarikat.
“Pada 30 Nov pula, kami diminta ke Pejabat Buruh untuk
berjumpa dengan majikan tetapi malangnya pihak majikan tidak menghantar wakil,”
katanya.
Seorang lagi bekas pekerja, Mohd Khaizal Idris, 42, mendakwa
masalah membabitkan pekerja tempatan di kilang berkenaan berlaku pada awal 2016
dan usaha pekerja di situ untuk berjumpa dan berbincang dengan pengurusan
tertinggi syarikat seperti tidak dilayan.
Katanya, mereka amat memerlukan tunggakan gaji berkenaan
untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak serta membayar hutang.
“Kami harap sangat ada yang sudi membela dan mengetengahkan
masalah ini ke peringkat yang lebih tinggi. Sekurang-kurangnya bolehlah kami
membiayai anak-anak ke sekolah dan bolehlah bayar sikit mana-mana hutang yang
ada,” ujarnya.
Kesemua bekas pekerja kilang keluli itu mahu pihak syarikat
membayar tunggakan gaji serta pampasan atau faedah penamatan kerja seperti yang
termaktub di bawah Akta Kerja 1955 dan undang–undang buruh berkaitan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan, wakil syarikat
berkenaan yang berjaya dihubungi mereka berkata, pihaknya hanya akan membuat
pembayaran tunggakan gaji dan pampasan selepas proses perbincangan selesai dan
jumlah sebenarnya dimuktamadkan.
“Jumlah yang dianggarkan hanyalah RM700,000 dan kita
kini dalam proses perbincangan dengan kesatuan pekerja untuk terus bertindak.
“Selain itu jumlah tuntutan yang sebenar perlu
dimuktamadkan oleh peguam dan apabila semua sudah selesai baru syarikat boleh
membuat pembayaran kepada mereka,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

2 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago