Saturday, November 08, 2025

[FOTO] Lelaki Ditahan Selepas Bunuh Pencuri

December 11, 2017
1 min read

BUTTERWORTH:
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai membunuh pencuri yang memecah masuk
warung milik kakaknya di Seberang Jaya, di sini, petang tadi.
Dalam
kejadian kira-kira jam 6.15 petang tadi, mangsa berusia 30 tahun bersama
seorang rakannya dikatakan sedang memasukkan peralatan dapur ke dalam kenderaan
sebelum suspek mengampiri mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Polis
Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid,
berkata suspek kemudian cuba menghalang perbuatan mangsa dan rakannya
menyebabkan berlakunya pergelutan antara mereka, lapor BH Online.
“Mangsa
melarikan diri sebelum mayatnya ditemui di dalam parit berdekatan stesen minyak
berhampiran Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) pada jam 6.35 petang oleh orang
ramai.
“Pemeriksaan
mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian kepala dan badan mangsa.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Seberang Jaya
(HSJ),” katanya dalam kenyataan, di sini, malam ini.
Nik Ros
berkata, suspek berusia 33 tahun kemudian tampil membuat laporan dan dia
ditahan untuk siasatan lanjut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Siasatan
di lokasi mangsa ditemui maut, kita menemui pemotong besi, dompet dan telefon
bimbit.
“Rakan
mangsa dipercayai melarikan diri selepas kejadian,” katanya.
Kes disiasat
mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.


Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Model Rusia Buat Laporan Polis, Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Lucah Ketika Live

KUALA LUMPUR – Seorang model warga Rusia, Alice Kasimova, tampil membuat laporan

Namewee Disiasat Kes Bunuh Pempengaruh Taiwan Ditemui Mati di Hotel Jalan Conlay

KUALA LUMPUR – Polis kini mengklasifikasikan semula kematian seorang pempengaruh wanita warga