Categories: Berita Lain

Baitulmaqdis: PM Ketuai Delegasi Malaysia Ke Sidang Khas


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan
mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama
Islam (OIC) yang akan berlangsung di Istanbul, Turki pada 13 Disember ini.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, Perdana
Menteri akan diiringi oleh isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar Datuk
Seri Anifah Aman dan pegawai kanan kerajaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sidang Kemuncak Luar Biasa itu diadakan atas
permintaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam kapasitinya selaku
Pengerusi Sidang Kemuncak Islam ke-13, berikutan pengumuman Amerika Syarikat
(AS) pada 6 Disember 2017, yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara
Israel,” katanya.
Sidang Kemuncak itu didahului Mesyuarat Pegawai Kanan hari
ini dan diikuti Mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar, esok.
Persidangan itu juga akan mengkaji semula perkembangan dan
membincangkan kesan berikutan pengumuman pentadbiran AS untuk mengiktiraf
Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan akan memindahkan kedutaannya dari
Tel Aviv ke Baitulmaqdis.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pembabitan Malaysia dalam sidang kemuncak itu mengukuhkan
lagi komitmen dan sokongan tidak berbelah bagi kepada rakyat Palestin dalam
perjuangan mereka mendapatkan hak mereka untuk sebuah negara Palestin merdeka
berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu
negara.

Advertisement
– Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago