Categories: Berita Lain

Istana Sahkan Pemulangan Pingat Kebesaran Tun M Dan Isteri Diterima

Foto: FMT

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan
menerima pemulangan pingat kebesaran daripada pasangan Tun Dr Mahathir Mohamad
dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Setiausaha Dewan Diraja
Selangor Hanafisah Jais berkata pihak istana menerima pemulangan itu
“tanpa halangan”.
“Tindakan mewartakan pembatalan kurniaan darjah-darjah
dan bintang-bintang kebesaran Selangor tersebut akan dilakukan mengikut
prosedur dan proses yang ditetapkan,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Semalam Malaysiakini melaporkan bekas perdana menteri itu
dan isterinya menyerahkan semula anugerah kebesaran yang diterima daripada
sultan Selangor sebelum ini.
Antara pingat itu adalah yang tertinggi dikurniakan oleh
negeri terbabit.
Pingat serta anugerah berkenaan dikembalikan kepada pihak
istana pada 7 Dis lalu.
Dr Mahathir menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota
Selangor (SPMS) kelas pertama pada 22 Jun 1978 dan ia hanya dianugerahkan
kepada dua individu pada sesuatu masa.
Beliau juga menerima Darjah Yang Amat Dihormati Kelas
Pertama (DK) sebulan sebelum bersara sebagai perdana menteri pada Okt 2003.
Pingat yang dikembalikan Dr Siti Hasmah itu pula ialah
anugerah yang diterimanya daripada sultan Selangor pada 1983 dan 1994.
Ia membabitkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan
Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Adalah dimaklumkan DYMM Sultan Selangor telah berkenan
menerima pemulangan kembali darjah-darjah dan bintang-bintang kebesaran
Selangor tersebut daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah
Mohamad Ali tanpa halangan,” kata Hanafisah.
Walaupun tidak dinyatakan secara rasmi sebab pingat dan
anugerah itu dikembalikan, ia dipercayai ada kaitan dengan teguran dan titah
Sultan Sharafuddin terhadap Dr Mahathir sejak akhir-akhir ini.
Antaranya membabitkan ucapan pengerusi Parti Pribumi Bersatu
Malaysia itu mengenai Bugis – yang disasarkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak.

Sumber: Malaysiakini

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago