Categories: Berita Lain

Desak Anwar Dibebas: Tun M Hanya Bersandiwara


KUALA LUMPUR: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya
membebaskan bekas seteru politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara,
disifatkan sekadar sandiwara untuk menagih kepercayaan parti sekutu dalam pakatan
pembangkang.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd
Puad Zarkashi, berkata ia helah politik terbaru Pengerusi Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) berkenaan selepas gagal memanipulasi pelbagai isu lain sebelum
ini, termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Selain itu, katanya, Dr Mahathir terpaksa melakukan gerak
politik agresif selepas menyedari semakin disisih dalam pakatan pembangkang
kerana mencetuskan siri konflik, terutama dengan institusi diraja sehingga
menyaksikan beberapa Sultan murka terhadapnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya yakin Tun M (Dr Mahathir) hanya berlakon mahu
bebaskan Anwar untuk ‘membeli’ kepercayaan rakan pembangkang yang semakin hari
berpandangan beliau adalah liabiliti kepada mereka.
“Kalau betul Tun M nak bebaskan Anwar, mana mungkin
beliau yang beriya-iya nak penjarakan Anwar pada April 1999 sebelum dibebaskan
lima tahun kemudian kerana disabit bersalah terhadap tuduhan salah guna kuasa.
“Desakan ini hanyalah sandiwara, berbanding satu
permintaan yang ikhlas, kononnya kasihankan kesihatan Anwar di penjara,”
katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bersama Dr Mahathir dan peguam hak
asasi manusia dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley, mendesak supaya Anwar
yang menanggung hukuman penjara lebih 34 bulan segera dibebaskan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kedua-dua mereka antara lain sepakat bahawa Anwar yang juga
Ketua Umum pakatan pembangkang adalah tahanan politik.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, mempersoalkan
tohmahan dan dakwaan yang dilemparkan Dr Mahathir ketika memegang tampuk
pemerintahan kerajaan terhadap Anwar sebelum ‘melompat’ masuk pakatan
pembangkang.
“Tun M sepatutnya kena tarik baliklah semua tohmahan
jika beranggapan Anwar sebagai tahanan politik sehingga dipenjarakan.

Advertisement
“Perlu ingat bahawa Tun M sendiri yang kata Anwar tidak
layak dijadikan seorang ketua. Jadi sekarang beliau (Dr Mahathir) nak buat
pembetulan mengenai tuduhan dan tohmahan terbabit?” katanya.

Sumber: BH Online

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami KecederaanDisimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

6 mins ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

4 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

9 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago