Saturday, November 08, 2025

Aaron Aziz Dan Farid Kamil Terima Gelaran Datuk

December 16, 2017
1 min read


SEKALUNG tahniah diucapkan buat pelakon terkenal, Farid Kamil dan Aaron Aziz di atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, hari ini.

Dua figura kacak berkenaan merupakan antara 169 individu yang tersenarai sebagai penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mendahului senarai penerima adalah Isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datin Seri Anggraini Sentiyaki yang menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk.
Seterusnya diikuti pula 21 lagi individu lain termasuklah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas, Datuk Norol Azali Sulaiman, Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Datuk Dr Mohammed Azman Aziz, dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Abu Bakar Harun.
Di samping itu, Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada enam individu dan Setia Mahkota Pahang (SMP) pula kepada lapan penerima.
Selain itu baginda juga berkenan mengurniakan Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada 20 individu, Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) enam individu dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada 13 penerima.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, antara selebriti terkenal yang  pernah menerima darjah kebesaran daripada kerabat diraja Pahang sebelum ini adalah komposer Ramli MS, penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan pelakon, Datuk Adi Putra. 
– Mynewshub

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Penyanyi ‘Tabola Bale’ Disambut Meriah di Malaysia, Lagu Diputar Kuat di Stesen Minyak

KUALA LUMPUR – Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, seorang pengguna

Hos Miss Universe 2025 Didakwa Panggil Miss Universe Mexico ‘Bodoh’, Cetus Kekecohan dan Aksi Keluar Dewan di Thailand

Bangkok – Pertandingan Miss Universe 2025 yang sedang berlangsung di Thailand bertukar