Categories: Berita Lain

Berang Cinta Ditolak, Lelaki Bawa Rakan Rogol Dan Bunuh Gadis Idamannya



BERANG selepas cinta ditolak, seorang lelaki serta tiga
orang rakannya tergamak merogol sebelum membunuh gadis idamannya itu dalam satu
kejadian di Indonesia, baru-baru ini.


Memetik sumber, mangsa dilaporkan hilang sejak dua minggu
lalu sebelum mayatnya ditemui pada Rabu lepas dalam keadaan yang sangat
menyayat hati.

Hasil tinjauan beberapa portal, kami difahamkan kejadian ini
bermula apabila suspek yang tidak didedahkan identiti dipercayai meluahkan
perasaannya namun ditolak oleh mangsa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ekoran malu dengan apa yang berlaku, suspek utama dan tiga
orang rakannya dipercayai bertindak menarik tudung mangsa dan menyeretnya ke
tepi sungai.
Setibanya di kawasan berkenaan, tangan dan kaki mangsa yang
dikenali sebagai Siti Marhatusolihat telah dipegang oleh tiga rakan kepada
suspek.
Kemudiannya, suspek utama yang dipercayai berusia 17 tahun
itu merogol mangsa dan perbuatan keji itu dilakukan secara bergilir-gilir.
Tidak habis di situ sahaja, suspek dikatakan turut berlaku
kejam dengan mengetuk kepala mangsa menggunakan batu sebelum membenamnya ke
dalam air beberapa kali sehingga meninggal dunia.
Takut perbuatan itu diketahui oleh orang lain, suspek nekad
menanam mayat mangsa di dalam sungai berkenaan dengan cara jasad berkenaan
diletakkan batu selain menggunakan buluh sebagai penghalang ia timbul ke atas
permukaan air.
Bagaimanapun bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai
melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga.



(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kejadian tersebut terbongkar selepas suspek dipercayai cuba
melarikan diri selepas kawasan berkenaan digemparkan dengan perkhabaran
penemuan mayat seorang gadis.
Susulan perkara itu, pihak polis berjaya memberkas suspek
dan tiga lagi rakan yang lain atas bantuan maklumat yang diberikan olehnya.
Dalam pada itu, hasil bedah siasat mendapati mangsa yang
berusia 18 tahun itu mengalami retak pada tengkorak kepala selain patah pada
bahagian rahang dan tulang hidung.
Sementara itu, Ketua polis Serang AKP Gogo Galesung berkata
kes ini disiasat di bawah Pasal 338 dan Pasal 339 di mana pesalah boleh
dikenakan hukuman tembak mati atau dipenjara seumur hidup.



Advertisement

Sumber: Mynewshub

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago