Saturday, November 08, 2025

Brunei Nafi Sultan Hassanal Bolkiah Sokong Dr Mahathir

December 18, 2017
1 min read

BANDAR SERI BEGAWAN – Ia bukan sahaja tindakan biadab
malahan dianggap sebagai amat terdesak apabila sanggup tergamak eksploitasi
nama sultan untuk kepentingan politik peribadi.

Lebih aib, ‘askar siber’ pembangkang Malaysia dikesan
mempergunakan laman sosial palsu konon Sultan Hassanal Bolkiah menyokong usaha
Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘melawan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesej yang disebarkan sejak Khamis lalu menjadi tular dalam
kalangan netizen tempatan yang langsung percaya Sultan Brunei berkenan
menyebelahi tokoh veteran berusia 92 tahun itu untuk menang pilihan raya umum
ke-14.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Justeru Polis Diraja Brunei (PDB) memberi amaran tegas
sambil mengingatkan orang ramai agar tidak percayai berita atau fakta diragui
yang disebarkan melalui akaun media sosial tertentu sama ada dari dalam atau
luar negeri.
Media Brunei melaporan, laporan palsu berbaur hasutan
antikerajaan itu disebarkan menerusi Facebook, Twitter, Whatsapp selain
Instagram dengan menyalahgunakan identiti atau nama pembesar, kenamaan dan
sebagainya.

Akaun tersebut menurut jurucakap PDB disyaki mempunyai unsur
penipuan dan berita tidak benar bertujuan untuk memperdayakan orang ramai
selain menimbulkan ketegangan serta suasana tidak senang dalam kalangan rakyat.
PDB turut menasihatkan masyarakat agar semak kesahihan
maklumat disebarkan melalui aplikasi InfoDeptBN dikendalikan oleh Jabatan
Penerangan Brunei di bawah Pejabat Perdana Menteri yang dilancarkan pada Mei
lalu.
Terdahulu, netizen di Malaysia kecoh dengan penularan mesej
konon daripada Sultan Brunei yang memuji Mahathir untuk menentang Najib dan
menggelarkan pemimpin Pakatan Harapan belum didaftarkan sah itu sebagai Master.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Namun, akaun yang menggunakan nama H. H. Haji Hassanal
Bolkiah itu didapati palsu kerana baginda tidak pernah memiliki laman tersebut
dan mesej ditulis itu sendiri agak diragui berdasarkan gaya lenggok bahasanya.
Untuk rekod, Mahathir sepanjang 22 tahun pemerintahannya
tiada hubungan baik dengan institusi beraja bahkan bertindak biadab mengehadkan
kuasa sultan selain boleh didakwa di mahkamah. 



– Mynewshub.cc

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Pemuda Langkawi Cedera Parah Lepas Langgar Anjing, Kini Terlantar Di Rumah

LANGKAWI – Sebak hati membaca kisah seorang pemuda, Muhammad Affiq Fitri, 23,

Selepas 7 Tahun, Ibu ‘Mukagengster’ Peluk Islam – “Akhirnya Mak Titew…”

KUALA LUMPUR – Pemuda yang pernah tular dengan kisah penghijrahannya memeluk Islam,