Categories: Berita Lain

FELDA Berang Berita Palsu Isu Tanah Jalan Semarak


KUALA LUMPUR: Segelintir pihak dikesan cuba mengambil
kesempatan memburukkan lagi isu hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak dengan
menyebarkan berita palsu menerusi akaun laman sosial mereka.
Antara yang dikesan adalah berita bertajuk “FELDA kena
bayar 2 bilion untuk miliki tanah itu semula” yang turut menggunakan
gambar temubual eksklusif BH bersama Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul
Samad menerusi BHTV.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Shahrir berkata, beliau mengesan berita itu ditularkan sejak
hari pembongkaran BH pada Khamis lalu apabila ada pihak yang menghubunginya
meminta penjelasan berhubung berita palsu terbabit.
“Mana ada kita cakap FELDA kena bayar RM2 bilion untuk
dapatkan kembali tanah itu, semuanya mengarut…. hentikanlah.
“Mereka menggunakan gambar BH ketika temubual tempoh
hari untuk dapatkan kepercayaan umum, maka saya meminta BH supaya memberitahu
masyarakat yang berita itu adalah palsu,” katanya ketika dihubungi BH di
sini, semalam.
Carian BH kepada berita terbabit berhasil menemui beberapa
lagi status berita palsu yang dimuat naik dengan sengaja untuk ditularkan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bahkan, beberapa pihak berkepentingan politik turut
menggunakan status berita palsu terbabit bagi mempengaruhi orang ramai
berhubung isu tanah FELDA di Jalan Semarak.
Khamis lalu, BH menjadi tumpuan umum apabila melaporkan
FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik itu menerusi transaksi
pindah milik tanah mencurigakan sejak 2015.
– BH Online.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

2 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

3 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

4 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

5 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

5 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

6 days ago