Categories: Berita Lain

Bersatu Harap Kontroversi Tamat


SHAH ALAM – Bersatu berharap mesyuarat agung tahunan (AGM)
parti itu dapat menyelesaikan sebarang permasalahan berkaitan pendaftaran yang
timbul di peringkat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamaruddin Mohd Noor
berkata, sekiranya isu berkaitan pendaftaran parti selesai, pihaknya dapat
memberi sepenuh tumpuan kepada gerak kerja bagi menghadapi PRU14 yang bakal
diadakan dalam masa terdekat.
“Kita harap selepas selesainya AGM ini, maka segala
kekusutan yang berlaku selama ini berakhir dan kita boleh tumpu tugas
memperkukuh jentera parti di setiap bahagian,” katanya kepada Sinar Harian,
semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Jelasnya, Bersatu akan terus kekal relevan dalam arena
politik tetapi perlu menang dalam kerusi yang ditandingi pada PRU14 nanti.
“Kita tidak ada pilihan dan perlu menang di setiap kerusi
yang ditandingi dengan harapan kita akan menjadi sebahagian daripada pasukan
yang bakal mengambil alih Putrajaya.
“Kita bersyukur kerana Bersatu memiliki pemimpin hebat
seperti Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai pengalaman di
peringkat antarabangsa dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang
berpengalaman dalam Kabinet selama 30 tahun.
“Benar kita parti baru tetapi pengalaman kepimpinan
kita mengatasi rakan-rakan politik lain,” katanya.
Menurutnya, tindakan ahli mengkritik dan keluar meninggalkan
Bersatu merupakan proses normal dan ia turut dilalui mana-mana parti ketika
berada di peringat awal penubuhan.
“Orang yang masuk parti ada pelbagai tujuan dan jika tidak
dapat apa yang dihajati, maka mereka tidak akan duduk lama.
“Mereka yang kekal sehingga sekarang dan setia bersama
parti ini adalah ahli tulen yang memahami tujuan kita tubuhkan Bersatu.
“Mereka yang kekal berjuang ini boleh diibaratkan sebagai
permata kepada parti dan kita sedang membentuk penyokong tegar dalam menegakkan
kebenaran dan menyeru kepada kebaikan,” katanya.
Menyentuh soal Umno, beliau berkata, parti dan kepimpinan
yang ada pada hari ini menyimpang daripada matlamat perjuangan asal sehingga
menyebabkan ramai meninggalkan parti itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Mereka yang tinggalkan Umno, bukan kerana perjuangan dan
hati mereka berubah tetapi parti itu yang telah berubah.
“Sebab itu apabila menyertai Bersatu, matlamat
perjuangan mereka ketika dalam Umno masih lagi sama.
“Mereka tinggalkan Umno kerana merasakan sudah tidak boleh
mempertahankan atau bersekongkol dengan parti yang penuh dengan amal korupsi
dan pembohongan. Kita tidak ada upaya untuk mengubahnya dalam Umno dan sebab
itulah kita keluar dan tubuhkan parti lain,” katanya.
Mengulas persediaan AGM, Kamaruddin berkata, semuanya
berjalan lancar seperti yang diaturkan.
“Mesyuarat kita berlangsung selama sehari sahaja dan
dijangkakan sekitar 1,200 orang perwakilan daripada 137 bahagian.

Advertisement
“Ini AGM kita yang pertama dan tahun ini, tidak ada
pemilihan kerana berdasarkan perlembagaan parti, pemilihan akan diadakan dalam
tempoh tiga tahun sekali,” katanya.

– Sinar Harian

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago