Connect with us

Berita Lain

Rumah Ahli Parlimen Bukit Katil Dipecah Masuk


MELAKA: Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd
Akin mengalami kerugian lebih RM20,000 susulan rumahnya dipecah masuk oleh
perompak dalam kejadian di Bukit Baru, di sini, malam tadi.
Shamsul Iskandar yang juga Naib Presiden PKR berkata,
kejadian itu hanya disedarinya sebaik pulang bersama keluarga dari Kuala Lumpur
kira-kira jam 11.30 malam sebelum mendapati keadaan rumahnya sudah berselerak
akibat diselongkar oleh kumpulan perompak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Akibat kejadian ini saya kehilangan dua unit komputer
riba yang digunakan atas urusan kerja, barang kemas milik isteri termasuk dua
utas gelang tangan emas, empat jam tangan, dua beg sekolah anak serta tabung
milik mereka.
“Saya menyedari perompak memasuki rumah melalui
bahagian belakang rumah susulan jeriji besi pada bahagian tingkap dipotong
sebelum mereka menyelongkar rumah,” katanya ketika dihubungi sebentar
tadi.
Shamsul Iskandar yang mendakwa mengalami kerugian lebih
RM20,000 berkata, sebaik kejadian itu beliau segera membuat laporan polis di
Balai Polis Bukit Baru, sebelum pegawai penyiasat serta pasukan forensik tiba
untuk menjalankan siasatan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Malah, saya turut dimaklumkan yang kes ini (pecah
masuk kediaman) adalah kejadian keempat yang berlaku di kejiranan ini sepanjang
bulan Disember sahaja.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Polis Diraja
Malaysia (PDRM) yang segera bertindak dan menjalankan siasatan atas kejadian
ini sehingga jam 5.30 pagi tadi,” katanya.
– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel